Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai sudah menjadikan pembelian di laman e-commerce seperti Shopee dan Lazada sebagai kebiasaan. Malah, barangan runcit dan basah juga turut sedia ditempah melalui platform ini.

Di samping keterujaan orang ramai dalam mengharapkan barangan yang ditempah diterima dalam tempoh yang singkat, muncul pula pembeli yang tidak sabar dan menganiaya penjual dengan jumlah rating yang diberikan pada platform Shopee.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

201923803_4318747594837459_6879831840930867064_n

Berdasarkan sebuah gambar yang tular baru-baru ini di media sosial, terdapat seorang pembeli yang memberi rating dua bintang kepada pembeli gara-gara barang yang ditempah gagal diterima hari yang sama.

Lebih membuat orang ramai berang, pembeli tersebut turut mengesahkan barangan diterima dan memberi rating sejurus selepas barangan ditempah.

Jawapan balas daripada penjual berkenaan dengan membandingkan pembelian di Shopee dengan servis Foodpanda dan Lalamove dalam masa yang sama berjaya membuatkan para netizen terhibur. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai isu yang berlaku.

Screen Shot 2021-06-17 at 2.56.52 PM
Sumber: facebook kelantan state
Screen Shot 2021-06-17 at 2.58.46 PM
Sumber: facebook kelantan state

Mengikut prosedur yang betul, pembeli hanya dibenarkan klik pada butang Order Received sekiranya sudah menerima barangan yang ditempah diikuti dengan pemberian rating. Pemberian rating merujuk kepada barangan yang ditempah dan bukanlah merujuk kepada pihak kurier.

Diharapkan isu ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan kepada pembeli di Shopee menerusi rating yang diberikan.

Ketahui bagaimana anda mampu makeover bilik anda kepada bilik berkonsepkan moden dengan harga serendah RM1,000 sahaja.

Bermodalkan RM1,000 Di Shopee, Lihat Bagaimana Bilik Kosong Ini Diubah Suai Dengan Konsep Moden

Sering Menjadi Tumpuan, Wanita ini Kongsikan Barangan Pekan Rabu Yang Ditawarkan Di Shopee

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee