Boleh dikatakan pada saban hari kita mendengar tentang pencerobohan laman rasmi kerajaan oleh penjenayah siber. Nampaknya perkara ini masih berlarutan sehingga ke hari ini yang mana Jabatan Imigresen Malaysia menjadi sasaran baharu.

Terbaharu, laman rasmi Imegresen Malaysia pula didapati telah digodam pada ketika ini. Berdasarkan carian terkini, anda bakal melihat ia telah disabotaj oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya CaptainSmok3r. Di samping itu, anda juga tidak boleh mengakses ke dalam laman sesawang tersebut kerana terlalu lama untuk load.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Jabatan Imigresen Malaysia

Susulan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa laman web sedang diselanggara buat sementara waktu menerusi laman rasmi Facebook mereka.

Anda dimaklumkan untuk menghubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) jika mempunyai sebarang pertanyaan. Boleh klik di sini untuk melawati laman rasmi SPO.