Sesiapa yang pernah menggunakan jalan Kuala Kubu Baru-Raub, pasti akan terserempak dengan kumpulan-kumpulan kereta yang memandu dalam keadaan yang berbahaya sehingga boleh mengundang kemalangan.

Pada hari Sabtu lalu, seorang pengguna jalan tersebut yang dikenali sebagai Khairul Anwar telah merakam aksi MPV polis mengejar sebuah Mercedes-Benz C180 dan Nissan Skyline GT-R yang sedang berlumba dan memotong pengguna jalan raya lain dalam keadaan berbahaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal-awal video itu, kelihatan pemandu Mercedes berwarna merah telah memotong kereta Khairul di laluan yang sempit. Selang beberapa saat kemudian, datang sebuah Nissan Skyline dari belakang cuba mengejar Mercedes tersebut.

Kedua-dua pemandu itu dilihat menekan minyak dan memotong kenderaan lain yang sedang melalui jambatan dan mereka terus hilang dari pandangan setelah memecut di kawasan selekoh jalan.

Tidak lama kemudian, sebuah MPV polis dari arah bertentangan telah membuat pusingan U dan mengejar mereka setelah menyedari kedua-dua kenderaan tersebut sedang berlumba antara satu sama lain.

Di akhir video rakaman dashcam tersebut, Honda Civic polis itu dilihat telah berjaya menahan kedua-dua pemandu di tepi jalan dan disoal siasat atas kesalahan memandu dalam keadaan yang berbahaya.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Rata-rata orang ramai memuji anggota polis yang bertugas ketika itu kerana berjaya menahan kedua-dua pemandu yang membawa kereta dalam keadaan sangat berbahaya yang boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Tambah orang ramai lagi, penggunaan Honda Civic ‘Ketam’ sangat membantu pihak polis ketika insiden kejar-mengejar yang memerlukan kelajuan yang tinggi dalam membanteras salah laku undang-undang atas jalan raya di negara ini.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Pada awal bulan Oktober lalu, anggota PDRM dipinjamkan jentera berkuasa tinggi dari BMW dan Volkswagen untuk sesi pandu uji selama dua minggu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji

Mirip Aksi Fast & Furious, 17 MPV Polis Kejar Suspek Pandu Toyota Altis Secara Berbahaya

Dua Penjenayah Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Anggota Polis

 

Sumber