Sudah pun tiba hari jualan 10.10 Shopee untuk bulan ini, pasti ramai yang mahu mendapatkan gajet berbaloi dengan harga durian runtuh. Kini terdapat sejumlah jenama terkemuka yang bakal menawarkan produk terbaik pada acara jualan di Shopee.

Anda mungkin tertanya-tanya gajet apakah yang berbaloi untuk didapatkan pada jualan kali ini. Oleh itu, kami kongsikan enam gajet berbaloi untuk didapatkan bersempena jualan 10.10 Shopee.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. HP Pavilion Aero Laptop 13

Sumber Gambar: Shopee

HP Pavilion Aero Laptop 13 merupakan sebuah komputer riba produktiviti yang premium sesuai untuk para pelajar dan juga pekerja profesional. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan kad grafik AMD Ryzen 5 bersama memori 16 GB RAM yang pasti dapat menjalankan sebarang tugasan dengan lancar di dalam seharian.

Ditambah pula skrin yang berkualiti bersama kamera webcam 720P dan juga ciri anti blue light untuk menjaga kesihatan mata. Model ini juga hadir dengan dua speaker yang telah ditala oleh HP Audio Boost sekaligus menawarkan hasil audio yang imersif. Ketahanan bateri pula boleh mencapai sehingga 10 jam lamanya.

Kini anda boleh dapatkan HP Pavilion Aero Laptop 13 ini pada harga RM3,499 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang HP Pavilion Aero Laptop 13

2. Redmi 9C

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Redmi 9C hadir dengan skrin 6.53-inci serta dijana cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 4GB dan storan sehingga 128GB. Kapasiti bateri 5000mAh yang mampu bertahan selama 10 jam untuk gaming serta menyokong pengecasan 10W menerusinya.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5MP. Selain itu, peranti ini turut mempunyai ciri sekuriti yang merangkumi imbasan wajah dan cap jari berserta sokongan slot hibrid kad sim. Anda juga boleh menggunakan rangkaian 4G untuk kedua-dua sim yang dipasang.

Redmi 9C sedia ditawarkan dengan harga serendah RM349 bersempena jualan 10.10 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Redmi 9C

3. UGREEN 100W GaN Charger

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda memerlukan sebuah pengecas GaN yang mana sangat berguna dalam kehidupan seharian. Pengecas GaN ini dilengkapi dengan tiga port USB-C yang satu daripadanya menyokong pengecasan pantas mencapai 100W serta hadir dengan satu tambahan port USB-A.

Rekaan pula sangatlah kompak yang membuatkan ia mudah untuk dimuatkan pada ruangan kecil di dalam beg anda. Menerusinya, terdapat teknologi Gan terkini yang mampu memastikan aliran arus yang lebih efisien dan mampu beroperasi sepanjang masa dengan suhu yang rendah.

Sekiranya anda berminat dengan pengecas ini, sekarang sedia ditawarkan dengan harga RM219 menerusi Shopee

UGREEN 100W GaN Charger

4. Edifier X2 TWS Earbuds

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda sedang mencari earbuds baharu, ini merupakan antara pilihan yang boleh dipertimbangkan menerusi jualan kali ini. X2 TWS ini menampilkan rekaan premium seperti AirPods bersama sejumlah ciri menarik seperti kebolehan menjawab panggilan dan juga kawalan sesentuh padanya.

Bukan itu sahaja, ketahanan bateri pada fon telinga ini sangat bagus kerana boleh mencapai tujuh jam lamanya. Malah, sistem audio telah dinaik taraf dengan 13mm driver dynamic yang mana boleh memberikan hasil audio yang imersif. Paling penting sekali, ia lebih tahan lasak kerana mempunyai ciri kalis air dan habuk.

Anda boleh dapatkan earbuds TWS ini pada harga RM109 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Edifier X2 TWS Earbuds

5. Huawei Band 7 

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan sebuah penjejak kesihatan premium keluaran Huawei pada harga murah. Huawei Band 7 ini dilengkapi skrin sebesar 1.47-inci AMOLED dengan sokongan Always On Display. Sensor yang disertakan adalah pengimbas nadi dan juga kemampuan mengesan tahap SpO2.

Antara ciri lain disertakan termasuklah menjejak langkah, 96 aktiviti senaman, gyrometer, accelerometer dan juga menjejak kualiti tidur. Menariknya. Band 7 ini boleh dibawa berenang sehingga 50 meter kerana mempunyai ketahanan 5ATM dan juga mempunyai ciri NFC.

Penjejak kesihatan keluaran Huawei ini boleh didapatkan pada harga RM200 di Shopee.

Beli Sekarang Huawei Band 7 

6. Aukey PB-N36 20000mAh Powerbank

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mendapatkan sebuah powerbank yang premum daripada jenama ternama, Aukey. Dengan PB-N36, anda boleh mengecas sejumlah peranti sekaligus dengan kadar output 2.4A. Menariknya, terdapat ciri AiPower yang boleh menawarkan kadar kelajuan pengecasan yang sama pada semua port tersedia.

Malah, model powerbank ini mempunyai beberapa keselamatan yang dapat memastikan setiap peranti yang mengecas menerusinya berada dalam keadaan baik pada bila-bila masa. Di samping itu, PB-N36 ini mempunyai binaan yang kukuh serta juga rekaan yang kompak yang sesuai dibawa ke mana-mana sahaja.

Kini anda boleh mendapatkan sebuah powerbank berkualiti dengan harga RM69.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Aukey PB-N36 20000mAh Powerbank

Diharapkan dengan penyenaraian di atas memudahkan anda membuat pilihan gajet terbaik pada harga marhaen. Untuk lebih jimat, anda boleh juga menggunakan baucar yang diberikan oleh sesetengah kedai di Shopee. Anda perlu merebut peluang keemasan ini kerana penawaran ini hanya terhad untuk hari ini.

Sumber