Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan syarikat Burberry minggu ini, syarikat jenama mewah itu gagal dalam mengembangkan pengaruh jenama itu. Dengan kegagalan itu, gaji CEO Burberry, Christopher Bailey telah dipotong dari 7.5 juta pound kepada 1.9 juta pound. Beliau juga tidak akan menerima sebarang bonus atau insentif dari syarikat kerana tidak mencapai target jualan.

Nampaknya usaha Bailey untuk menerajui dua posisi sekaligus sejak Mei tahun lalu; CEO dan Chief Creative Officer memakan diri. Tekanan terhadap Bailey menjadi semakin tinggi kerana saham Burberry jatuh 35 peratus tahun lalu dan membuatkan pakar analisa Paul Thomas mencari eksekutif berpengalaman untuk membantu Bailey.

Pengerusi Burberry, John Peace berkata setiap bayaran yang dibuat kepada staf termasuk senior management adalah berdasarkan prestasi. “Apabila bisnes sedang menghadapi masalah, ini bakal memberi impak kepada bayaran staf,” kata John.

Pengajaran dari situasi Burberry ini? Jika anda tidak mampu untuk memegang banyak jawatan, lepaskan jawatan itu kepada orang lain yang lebih sesuai. Stick dengan apa yang anda bagus.