Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri telah bersetuju untuk memotong dua bulan gaji mereka dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat wabak COVID-19 di sini, lapor kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri.

Rata-rata rakyat Malaysia sebelum ini terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang telah membunuh 21 orang di Malaysia setakat hari ini.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

Mesyuarat Kabinet yang dijalankan pada 25 Mac yang lalu telah memutuskan bahawa dua bulan pemotongan gaji ini akan disalurkan terus ke Tabung COVID-19. Untuk rekod, sejak tabung ini dilancarkan, kerajaan telah berjaya mengumpul lebih RM8 juta melalui sumbangan dan juga geran kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan inisiatif kepada pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran i-Lestari simpanan dalam Akaun 2. Mereka yang berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat pengeluaran dan tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan bermula 1 April 2020.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 2 Mulai April

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

 

 

Anda Mungkin Suka