Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Graduan kelulusan diploma, agak-agak berapa gaji yang anda akan dapat apabila sudah bekerja nanti?

Tidak kisah samada anda kelulusan diploma kejuruteraan awam, atau pun mekanikal seperti saya sendiri. Mahupun diploma kejuruteraan elektrik dan seumpamanya.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Adakah gaji permulaan ialah RM1,500? Sebab ramai yang mengatakan angka itu. Tidak mungkin RM1,000 sebab gaji minima dengan hanya kelulusan SPM sahaja sudah diwartakan RM1,000.

Sebelum pergi lebih lanjut dalam soal ini, nama saya Syed Shaff, tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaysia Pahang pada tahun 2009. Lebih 7 tahun pengalaman bekerja dalam sektor swasta, sudah 4 kilang saya bertukar kerja.

Sebab utama bertukar kerja adalah disebabkan gaji, iaitu perkara yang saya cuba rungkai dalam artikel ini.

Kerja Pertama: Draftsman

Kerja ini lebih kepada melukis menggunakan Autocad dan juga Solidwork. Antara task saya ialah, copycat mesin dan tambah baik design dan kecekapannya supaya ia jadi lebih baik.

Tapi saya tak sempat habiskan task ini kerana diberhentikan selepas hanya 5 bulan bekerja. Dan gaji saya pada waktu itu ialah RM1,200.

Kerja Kedua: Operator Kilang Skru

Seterusnya, saya kerja sebagai operator di sebuah kilang skru. Tugas seperti operator di kilang-kilang lain. Antara tugas saya ialah:

1. Bawa forklift.
2. Bungkus produk.
3. Turunkan barang dari lori dan naikkan barang semua.
4. Welding dan sebagainya.

Untuk tempoh ini, saya dalam keadaan terpaksa – MESTI dapatkan kerja. Kiranya, saya masih lagi dapat duit walaupun ia bukan setaraf pengajian saya.

Gaji saya ketika ini lebih kurang dalam RM700 hingga RM800. Sangat sedikit, memang tak cukup. Saya bagi lebih kurang dalam RM50 setiap bulan sahaja kepada ibu saya.

Pertama Kali Jadi Technician

Seterusnya, saya masih lagi kerja untuk produk dan bos yang sama, tapi lokasi kilang lain. Gaji saya RM1,200. Masa ini tugas saya sebagai technician. Ini bermakna saya sudah mula bekerja untuk tahap pengajian saya.

Antara mesin yang terlibat ialah stamping machine, thread machine, welding, grinding dan aktiviti yang lain itu sudah pastilah.

Pertama Kali Gaji Mencecah RM2,000

Selepas tidak sampai setahun, saya kerja sebagai Process Technician di sebuah kilang semikonduktor di Ipoh. Kalau tidak silap, jumlah pekerja keseluruhannya lebih kurang dalam 2,500 orang.

Masa bekerja di sini, pertama kali saya dapat gaji yang betul-betul pada tahap yang baru boleh menyimpan iaitu lebih kurang RM2,500. Gaji pokok saya ialah RM1,500.

Saya juga berusaha buat kerja lebih masa agar gaji boleh cecah RM3,000 tapi agak susah. Paling tinggi pun, lebih kurang RM2,700 sahaja. Selepas 1 tahun 6 bulan, saya ambil keputusan untuk berpindah ke kilang yang lain.

Pertama Kali Cecah Gaji RM5,200

Untuk kilang yang ini, gaji pokok saya naik lebih kurang dalam RM150 sahaja, dalam RM1,650. Tapi apabila saya buat kerja lebih masa, RM3,500 sebulan itu adalah biasa.

Saya pernah dapat RM5,200 sebab banyak kerja pada public holiday (2 atau 3 kali ganda dari gaji hari biasa). Selepas 2 tahun, saya terpaksa berpindah ke kilang lain, kerana kilang yang sekarang ini ditutup atas sebab tertentu.

Pertama Kali Gaji Bulanan RM4,000

Di kilang yang seterusnya ialah kilang yang saya bekerja sekarang ini. Alhamdulillah, berkat rezeki kahwin agaknya. Selepas 7 tahun bekerja saya rasa sudah capai lebih daripada apa yang saya sasarkan.

Masa mula-mula bekerja dahulu, saya ada bayangkan untuk dapat gaji pokok sekurang-kurangnya RM2,000 sebelum atau setidak-tidaknya apabila saya sudah berumur 30 tahun. Sekarang umur 29, tapi gaji pokok sudah mencecah RM2,000 dan plus plus sedikit.

Dan ya, sudah hampir 1 tahun kerja di sini, boleh kata kerap juga gaji saya mencecah RM4,000 dalam sebulan, hasil daripada kerja lebih masa.

Kesimpulan

Untuk menjawab persoalan di atas, berapa gaji yang kita akan dapat dengan kelulusan Diploma bergantung kepada pelbagai faktor. Antara faktor tersebut saya rumuskan di bawah:

1. Gaji pokok untuk Diploma bukan RM1,500 seperti yang saya dapat di atas. Tapi sebaliknya, untuk kilang ialah RM1,250 sahaja.

Jangan sedih, orang SPM gaji minima RM1,000. Sedangkan kita yang ada diploma naik RM250 sahaja. Bukan nak mengatakan tak layak untuk mereka yang belajar sampai SPM untuk dapat RM1,000. Jangan marahkan rezeki orang lain ya.

Tapi nampak sangat tidak adilnya kalau dibezakan dengan RM250 sahaja. Namun begitu, ini sebenarnya masuk akal juga. Teruskan pergi ke faktor seterusnya di bawah, anda akan lebih faham maksud saya.

2. Setiap gaji pekerja juga ditentukan oleh produk yang setiap kilang yang anda bekerja itu buat.

Seperti contoh, kilang pertama saya jual skru sahaja. Jadi asas gaji ialah RM1,200. Selepas kerja dengan kilang yang lebih berskala besar, kilang tiada masalah pun untuk bagi saya RM sebulan.

3. Kisah ini pengalaman kilang swasta.

Untuk penjawat awam, mungkin basic diploma terus cecah RM,1500, tambah lagi dengan elaun, total lebih kurang dalam RM1,850. Kenaikan setiap tahun juga tetap lebih kurang RM150. Berbanding dengan swasta kadang-kadang kenaikan RM60 setahun pun ada.

4. Jumlah kadar lebih masa, atau pun ada kerja lebih masa atau tidak juga bergantung kepada produk yang dikeluarkan.

Untuk kerja kilang yang kukuh kebanyakan memang tiada masalah untuk anda dapat duit lebih. Hanya perlu bekerja lebih masa tapi sampai bila pula nak kerja lebih masa?

5. Gaji pengalaman saya kerja berbeza kalau anda kerja dalam bidang lain.

Contoh bidang minyak dan gas menawarkan gaji yang lebih tinggi atau pun dalam bidang kejuruteraan awam bahagian projek pembinaan jalan dan bangunan.

Kenalan saya sendiri, kerja dengan Shell, gaji pokoknya RM4,900. Itu rezeki dia. Yang kerja di kapal pula seperti adik saya sendiri, gaji lebih kurang RM10,000 sebulan.

Tapi tak semua kerja kapal gaji tinggi. Ada bidang dan bahagiannya, rakan saya juga kerja perkapalan hanya berapa sahaja dapat.

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya. Terima kasih kepada The Vocket, terumanya Cik Diyana yang beri peluang kepada saya untuk coretkan pengalaman yang tak seberapa ini.