Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan keputusan Kabinet untuk melaksanakan kenaikan gaji minimum kepada RM1, 200 sebulan di bandar- bandar utama semasa pembentangan Belanjawan 2020 tahun ini, ramai yang ingin mengetahui bandar mana yang bakal melaksanakan kenaikan gaji tersebut.

Walau bagaimanapun, Bandar-bandar yang tidak disenaraikan akan mengekalkan jumlah upah minimum RM1,100 sebulan. Kementerian Sumber Manusia berkata dalam satu kenyataan semalam, bahawa perintah gaji minimum akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 ke atas semua majikan.

Sumber: PPIM

Antara bandaraya utama yang terlibat ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur.

Manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Menurut kementerian itu lagi, kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa dan juga selaras dengan hasrat untuk mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Terdahulu, rata-rata studio animasi di Malaysia menyambut baik peruntukan RM 20 juta untuk pembangunan animasi dalam Belanjawan 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Studio Animasi Terkemuka Negara Sambut Baik Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020

5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain

Tidak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Bidas Christy Ng

Anda Mungkin Suka