Tahukah anda.

Sebelum tahun 2015 ketika diawal-awal tahun 2000an dan sebelumnya keadaan industri minyak dan gas adalah sangat rancak. Para diver dan lain-lain professional dalam industri ini benar-benar bekerja dan mengutip laba. Ada antara kami bekerja berterusan sehingga 7 ke 11 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada diver yang baru sahaja balik dari kursus menyelam di luar negara terus ditawarkan pekerjaan sama ada di onshore atau di offshore. Kami tidak menganggur lama.

Waktu itu belum terlalu ramai yang memiliki lesen menyelam yang sesuai jadi peluang sangat terbuka luas. Malah penyelam dari Singapura dan penyelam Mat Saleh juga masih ramai bekerja di Malaysia.

Melihat kepada kerancakan industri ini ramai yang ingin bekerja di offshore. Ramai yang ingin jadi diver kerana ingin punyai gaji yang besar. Diver dari Semenanjung pergi bekerja di medan minyak di Sarawak, di Sabah dan di Brunei.

Begitu juga dengan dengan diver-diver dari Sarawak dan Sabah juga datang bekerja di Semenanjung. Tiada isu kenegerian yang timbul. Masing-masing bekerja bersama-sama dalam satu pasukan.

970216-N-3093M-002 Utilitiesman 2nd Class (Diver) Joe Karr assigned to Underwater Construction Team OneÕs Air Detachment Alpha, drills holes in the ocean floor to secure small boat moorings in the waters off Naval Base Guantanamo Bay, Cuba. Drills Holes In The Coral Reef To Secure Small Boat Moorings In The Waters Of Guantanamo Bay, Cuba, In March, 1997. U.S. Navy Photograph by PhotographerÕs Mate 2nd Class Andrew Mckaskle (Released)

kerjaya-penyelam-komersial-2

Saturation Diver Mat Saleh juga ramai yang mendapat peluang bekerja di offshore Malaysia kerana `dikatakan` kita masih kekurangan sat diver tempatan untuk menampung kekosongan jawatan yang ada, itu kata `mereka`.

Ketika itu Sat. Diver warga tempatan biasa mencapai pendapatan RM100 ribu ke atas sebulan (anggaran kasar sahaja).

Sat. diver warga asing biasanya memperolehi pendapatan lebih tinggi kerana mentality double standard yang sekian lama berlaku.

Air diver pula biasanya perolehi pendapatan antara RM30,000 hingga RM45,000 sebulan (anggaran kasar sahaja).

Namun itu semua bergantung kepada di mana mereka bekerja, dengan syarikat mana, di dalam projek apa dan juga sijil-sijil tambahan yang dimiliki oleh seseorang penyelam itu.

Melihat senario itu air diver warga tempatan ramai melaburkan wang dan pergi meningkatkan diri dengan mengambil lesen sebagai saturation diver pula supaya dapat mengisi kekosongan yang ada dan agar menambah pendapatan peribadi dan keluarga.

Ketika itu tawaran bekerja datang bertindan-tindan pd masa yang sama. Biasa berlaku kami sedang on job lalu dapat pula panggilan untuk naik job yang lain. Sangat meriah dengan peluang-peluang naik job yang mencurah-curah.

Day rate untuk diver juga tinggi dan diver-diver menjaga `market’ supaya day rate ini tidak jatuh atau spoil.

Peluang pekerjaan dan cara-cara hendak jadi diver juga dijaga. Hanya rakan terdekat atau saudara mara terdekat sahaja yang diberi tip bagaimana hendak masuk dalam bidang ini.

Ini adalah bagi menjaga periuk nasi masing-masing supaya tidak berlaku lambakan diver. Kerana jika berlaku lambakkan diver nanti rate akan jatuh dan peluang pekerjaan semakin sedikit kerana para diving kontraktor pasti akan mengambil diver-diver yang baru supaya mereka boleh dibayar dengan day rate yang lebih rendah.

Namun demikian kemudahan akses internet dan maklumat yang boleh didapati dihujung jari membolehkan maklumat tentang commercial diver dan bagaimana hendak jadi diver semakin mudah didapati.

Maka semakin ramai anak-anak muda yang menceburi bidang ini. Baguslah begitu supaya semua kekosongan dapat diisi oleh anak-anak tempatan.

Akhirnya diver-diver dari negara luar sudah banyak berkurangan. Mereka hanya mengisi beberapa kekosongan sahaja. Petronas turut memainkan peranan dalam hal ini dengan mengenakan syarat tertentu dan menetapkan kuota bagi diisi oleh diver-diver tempatan. Terima kasih banyak Petronas.

Ketika itu memang indah hidup sebagai penyelam komersial. Ramai diver yang buat aset dengan membeli tanah berpuluh-puluh ekar, membeli rumah beberapa buah,membeli kereta mewah,membeli motosikal berkuasa tinggi,membuat pelaburan dll lagi.

kerjaya-penyelam-komersial-4

kerjaya-penyelam-komersial-5

Langit tidak selalu cerah

Namun kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Begitu juga dengan industry minyak dan gas yang selama ini kukuh dan sukar digugat tiba-tiba terjejas teruk di seluruh dunia akibat kejatuhan harga minyak mentah. BUKAN DI MALAYSIA SAHAJA TETAPI DISELURUH DUNIA.

Clients (Petronas, Shell, Murphy, Petrofac, Exxon Mobil, Talisman, Repsol dll) mula mengurangkan pemberian tender atau menghentikan sementara projek-projek besar.

Kontraktor banyak yang tidak mendapat projek. Kontraktor baru yang kecil mula gulung tikar termasuk juga kontraktor menyelam. Bila kontraktor tidak mendapat kontrak bermakna diver juga ramai yang tidak dapat kerja.

Beberapa syarikat gergasi juga turut terjejas teruk hingga terpaksa ditutup atau dijual. INI BUKAN BERLAKU DIMALAYSIA SAHAJA TETAPI JUGA DI SELURUH DUNIA.

Bagi meneruskan survival di dalam industri ini ada kontraktor yang terpaksa bersetuju menerima kontrak dengan harga yang sangat rendah. Bila kontrak dimenangi dengan harga yang rendah maka gaji pekerja kontrak juga terpaksa direndahkan. Itulah yang berlaku di ketika ini.

Sebagai contoh satu ketika dahulu day rate air diver dibayar lebih kurang USD300 hingga USD450 sehari.

Kemudian apabila nilai ringgit jatuh dan nilai US meningkat tinggi lalu kontraktor mula membayar day rate air diver dengan Ringgit Malaysia antara RM900 hingga RM1200.

Dan yang terkini ( 2016) dan paling teruk ada kontraktor yang membayar dayrate diver hanya RM500 sahaja.

RM500 sehari itu dahulu adalah dayrate bagi onshore diver.
RM500 adalah dayrate bagi offshore diver sekitar tahun 90an dan awal 2000an dahulu dan kini ia kembali lagi.

Diver-diver yang bekerja secara regular dengan sesetengah kontraktor pula ada yang menunggu giliran pusingan untuk naik job sehingga 6 hingga 8 bulan. Jika dahulu kami naik job selama 8 bulan setahun tapi sejak 2015 ada yang tidak bekerja sudah lebih dari setahun.

Ada suara-suara yang berkata “baru setahun tak kerja, duit yang dikumpul beberapa tahn lalu masih belum habis lagi.” Hidup ini tidak seindah begitu. Besar periuk maka besarlah juga keraknya.

Mungkin ada diver yang pandai berjimat semasa zaman mewah dahulu dan buat pelaburan tapi sebahgian besar diver tidak begitu.

Semasa keadaan industri minyak terjejas ini diver-diver dari Sarawak turut menyalahkan diver dari Semenanjung dengan membuat kenyataan akhbar dan mengadu pada menteri yang kehadiran diver-diver dari Semenanjung menyebabkan mereka mendapat gaji lebih rendah dan mereka juga tidak mendapat pekerjaan.

Sedangkan hakikatnya seluruh dunia terjejas dan diver dari Semenanjung juga ramai sedang menganggur.

Yang paling teruk adalah diver-diver baru yang tamat kursus pada masa yang salah iaitu ketika peraturan untuk layak ke offshhore semakin diperketatkan oleh client-client besar seperti Shell,Murphy dan Exxon Mobil di mana mereka menetapkan hanya diver yang punyai pengalaman selama 2 tahun ke atas sahaja boleh menyertai projek mereka.

Kemudian ditambah pula keadaan industri minyak dan gas anyg semakin teruk sekarang di mana diver-diver lama juga menganggur apatah lagi bagi diver-diver baru.

Ada diver baru yang sejak tamat kursus di luar negara masih belum berpeluang ke offshore walaupun sudah 4 tahun atau 6 tahun berlalu. Mereka-mereka inilah yang sering menyebut perkataan “indah khabar dari rupa” terhadap kerjaya ini.

Ada juga diver-diver yang ‘lama tak berapa lama dan baru tak berapa baru’ yang sudah pernah mengecap nikmat kerja di offshore dan pernah memperolehi pendapatan yang menarik tapi kemudian apabila industri merosot dan mereka tidak mendapat pekerjaan mereka juga berkata “indah khabar dari rupa”.

Sedangkan ketika rancak bekerja dahulu dan dapat memperolehi laba di dalam industri ini mereka senyap dan tidak pernah pun cakap kerjaya ini indah khabar dari rupa.

kerjaya-penyelam-komersial-6

Jika menceburi kerjaya ini hanya sekadar fokus pada gajinya yang lumayan sahaja tanpa memikirkan sepak terajang dunia kerjaya ini maka akan timbullah ayat indah khabar dari rupa tersebut.

Untuk makluman, gajinya memang indah sebagaimana dikhabarkan tetapi ia setimpal dengan risiko-risko dan bahaya yang perlu dihadapi ketika bekerja serta risiko ditipu oleh kontraktor.

Itu belum dikira kerja-kerja berat yang dilakukan sama ada sebelum menyelam atau semasa menyelam kerana ini bukan kerja menyelam sambil menikmati indahnya karangan bawah laut.

Ini adalah kerja-kerja ‘construction’ bawah air,terpaksa menghadapi permainan permainan politik sesama diver dan lain-lain lagi.

Bagi saturation diver pula untuk mendapatkan gaji yang lumayan tersebut mereka perlu tinggal di dalam ruang tertutup dan sempit selama hampir sebulan.

Jangkamasa bekerja di bawah air yang lebih lama antara 4 hingga 8 jam, tidak bebas seperti kita yang berada di dunia luar.

Kami terputus hubungan dengan dunia luar sepanjang berada di dalam chamber (sat diver sekarang lebih beruntung kerana sudah ada aksess internet di dalam chamber tempat tinggal mereka).

Jika berlaku sesuatu yang buruk pada kapal mereka maka peluang untuk hidup adalah tipis bagi sat.diver. Tanerdedah terlalu lama terhadap gas campuran adalah sesuatu yg tidak menyihatkan bagi sat diver.

Dimaki hamun oleh penyelia selaman ketika melakukan kerja-kerja di bawah air dan banyak lagilah. Jadi pendapatan yang diperolehi sebenarnya adalah berbaloi untuk apa yang para diver telah korbankan.

Malah kadang-kadang dalam sesetengah job pendapatan yang diterima masih dikira sebagai tidak berbaloi dengan apa yang telah dikorbankan.

Para penyelamjuga terpaksa berkorban dengan bekerja jauh di tengah laut meninggalkan keluarga berbulan-bulan, hidup di atas besi terapung kadang-kadang terputus hubungan dengan daratan.

Kami juga perlu bekerja berterusan setiap hari tanpa cuti rehat atau cuti sakit semasa di offshore.

Diver-diver yang memilih kerjaya ini kerana memang minat yang sangat mendalam biasanya jarang mengeluh tentang kerjaya ini kerana mereka memang minat dan pilih kerjaya ini. Gaji yang besar adalah dikira sebagai bonus jadi tidak perlu mengeluh. Cukuplah disyukuri segala yg dinikmati.

Walaupun kerjaya sebagai penyelam komersial tidak memerlukan diploma atau ijazah. Namun jangan pandang rendah kepada penyelam-penyelam komersial kerana kami terdiri dari berbagai latar belakang dan ramai juga yang memiliki diploma atau ijazah didalam bidang yang lain tetapi kami minat kerjaya ini dan gajinya lalu kami pilih untuk menceburinya.

Ramai orang minat untuk menjadi pilot tetapi bukan semua orang layak menjadi pilot. Begitu juga kerjaya ini. Ramai orang yang berminat untuk menjadi penyelam komersial tetapi bukan semua orang benar-benar layak menjadi seorang penyelam komersial yang kental.

Adakah kerjaya ini indah khabar dari rupa? Terpulang kepada pandangan masing-masing. Bagi kami barisan admin ye, ia seindah bagai dikhabarkan kerana kami minat, kami suka dan kami pilih lalu kami bersyukur.

Diving is not a hobby. It’s a survival skill.

Glosari
Saturation diver – penyelam tepu (penyelam yang menyedut gas campuran helium oksigen)
Air diver – penyelam udara mampat
Onshore – kawasana dalam pesisir
Offshore – kawasan luar pesisir
Day rate – kadar gaji harian
Chamber – kebuk hiperbarik tekanan tinggi tempat tinggal penyelam tepu atau tempat merawat penyelam yang terkena penyakit penyelam.