Satu laporan berbahasa Inggeris menulis tentang gaji minima yang diperlukan di dalam sesebuah bandar di Malaysia. Pulau Pinang adalah salah satu bandar yang paling mahal untuk diduduki, dan memerlukan gaji minima RM4000.

00000

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut seorang ibu, Caroline Wong, kombinasi gaji beliau dan suami sebanyak RM12,000 sebulan tidak cukup untuk kehidupan di Pulau Pinang. Beliau bekerja sebagai kerani, dan suaminya seorang pengurus jualan, bersama seorang anak perempuan, kini selalu makan di rumah dan tidak mampu lagi untuk membeli baju berjenama.

Mereka juga risau kerana anak kedua bakal dilahirkan tidak lama lagi, dan ini akan mengambil belanja sebanyak RM1,500 sebulan.

Perkara ini telah menarik perhatian seorang pelabur hartanah terkenal, Faizul Ridzuan. Beliau adalah prinsipal di dalam syarikat FAR Capital Sdn Bhd dan penulis buku terkenal WTF? 23 Properties by 30, selain selalu dijemput sebagai penceramah jemputan.

00

Ini apa yang beliau tulis di dalam Facebook beliau:

GAJI RM12,000 SEBULAN PUN TAK CUKUP?

Pelik. Ms Wong dan suami mendapat gaji RM12 ribu sebulan tetapi merungut tidak cukup. Ringkasan tentang situasi mereka:

– Ms Wong adalah seorang kerani dan suami adalah Pengurus Jualan dengan pendapatan bulanan RM12,000.
– Mempunyai seorang bayi dan seorang lagi bayi akan lahir tidak lama lagi.
– Belanja RM4000 untuk rumah dan kereta (andaian 2 kereta kerana kedua-dua bekerja)
– Belanja RM1500 untuk makanan.
– Belanja RM1500 untuk bayi dan jagaan harian.
– Belanja RM440 sebulan untuk upah mengemas rumah
– Beliau juga merungut tidak mampu untuk membeli baju berjenama

Saya suka teka-teki seperti ini dan jika dia hadir 1-on-1 dengan saya ini adalah nasihat saya kepada beliau:

1. Beliau patut berhenti kerja sebagai seorang kerani untuk menjadi surirumah. Pendapatan beliau sebagai seorang kerani mungkin tidak begitu tinggi (dengan andaian sebanyak RM3k) tetapi kos untuk dia pergi kerja adalah sama banyak dengan suami yang mendapat (gaji) lebih banyak. Jadi ROI pada masa dan kerja tidak bagus.

2. Apabila dia meletak jawatan sebagai seorang kerani, keluarga ini boleh berjimat pada perkara-perkara berikut:

– Kereta (tidak memerlukan 2 buah kereta)
– Perbelanjaan berkaitan kereta (tempat letak kereta, petrol, tol)
– Dia boleh masak, belanja makan di luar dikurangkan.
– Tidak perlu berbelanja untuk penjagaan anak
– Mengurangkan bil telefon

Jumlah penjimatan adalah di antara RM2k sehingga RM3k.

3. Mencuba kerjaya yang lebih fleksibel (insurans, hartanah, unit amanah, reka bentuk dalaman) atau memulakan perniagaan online dari rumah. Pendapatan berpotensi lebih tinggi daripada apa yang beliau dapat sekarang dan beliau akan mempunyai lebih banyak masa.

4. Belajar menjadi seorang pelabur dan memanipulasi wang. Melabur RM90 untuk menyertai Havoc Hartanah 2 dan belajar daripada sifus seperti Azizi Ali dan Mekanik Wang Abang Abu bagaimana untuk menjadi pintar wang!

http://carirumah.com.my/havoc-hartanah/

5. Setelah menjadi pakar wang, dia boleh menguruskan kekayaan dan pelaburan keluarga. Jika dia boleh mengenal pasti pembelian hartanah yang baik setiap 2 tahun, mereka berpeluang untuk membuat banyak lagi duit. Bagi diri saya, saya cuba untuk menjual satu hartanah setiap tahun dan membeli yang lain. Hasil sebuah hartanah boleh boleh menjana keuntungan di antara pertengahan 5 angka hingga awal 6-angka, dengan syarat dia membeli hartanah yang baik.

Adakah rancangan saya di atas masuk akal? Atau adakah anda mempunyai sebarang pendapat dan cadangan lain apa yang Ms Wong perlu lakukan?
____________________________
Terjemahan oleh The Vocket, dengan izin Faizul Ridzuan.