Bekerja dalam industri minyak dan gas mungkin menjanjikan pulangan wang tunai yang lumayan buat mereka yang sanggup menghadapi segala cabaran yang tersedia di lautan yang serba luas.

Namun, di sebalik kesenangan dengan gaji yang tinggi, tidak ramai yang tahu realiti kesusahan dan cabaran yang dihadapi mereka yang bekerja di lautan ini.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari
Baca lagi →

Dalam satu perkongsian di Twitter, @azwan_kar berkongsi pengalaman peribadinya yang agak pahit ketika bekerja di tengah laut.

Dalam perkongsian tersebut, Azwan bercerita bagaimana dalam hanya tempoh beberapa tahun dia terpaksa berhadapan dengan situasi di mana rumah keluarganya ditimpa kebakaran dan terpaksa berjauhan dengan arwah isterinya yang ketika itu dimasukkan ke hospital.

Dan semua itu berlaku ketika beliau sedang bekerja di pelantar minyak di tengah-tengah lautan.

Pada 2017, ketika dia ke offshore buat pertama kalinya, Azwan berkata dia menerima perkhabaran buruk dari kampung halamannya apabila dia dimaklumkan rumah yang didiami keluarganya terbakar.

Selang dalam 10-15 minit macam tu abang aku datang ke bilik aku dan ckp “Dik, rumoh mok terbakor”

Aku pun macam “huh” ? Serius lah ?

Terus turun dari katil pergi ke deck kapal dapatkan juga Wi-Fi dan bila dah masuk huh (terkejut),” kongsinya di Twitter.

azwan

GAMBAR: AZWAN KAR TWITTER

Setibanya di kampung selepas pulang menggunakan penerbangan kecemasan dari pelantar, dia mendapati rumah emaknya terbakar 80 peratus.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menjadi penghalang buat Azwan dan pada 2018 dia sekali lagi mendapat tawaran untuk bekerja di pelantar minyak.

Selepas dalam lapan hari aku naik, dikhabarkan berita bakal isteri aku dikejarkan ke hospital dan masuk wad.

Masa tu mood kerja dah off dan cuma tinggal jasad saja dekat sana tapi minta balik, tak bagi balik.

Kemudian, lepas 14 hari aku balik dan bakal isteri aku terus dapat keluar hospital. Tak sempat nak pergi bagi support masa dia di hospital.

Selepas mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Azwan sekali lagi mendapat tawaran untuk bekerja di pelantar minyak dan sekali lagi dia mendapat perkhabaran yang kurang baik.

Selepas isterinya dimasukkan ke Institut Kanser Negara pada 2019, Azwan akhirnya memutuskan untuk tidak bekerja di offshore walaupun menerima tawaran gaji yang agak lumayan ketika itu.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Azwan, tidak dapat dinafikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh mereka yang bekerja di pelantar minyak adalah sangat besar.

Selain terpaksa berjauhan dengan keluarga dan mereka yang tersayang, pekerja di industri minyak dan gas juga terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko lain seperti ombak besar dan lautan yang bergelora.

Lihat bagaimana keindahan fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang atau dikenali sebagai ‘blue tears’ yang berlaku di Kuala Selangor. Klik pautan di bawah untuk melihat sendiri keajaiban ini. 

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Masih Ada Pelanggan Yang Biadap Dengan Pekerja OKU

Dua Kali Menangis, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Bantu Keluarga OKU Di Lebuh Raya

 

 

 

Anda Mungkin Suka