Stesen televisyen swasta di Indonesia, TRANS7 semalam telah berkongsikan poster filem hebat Korea Selatan arahan Bong Joon-ho, Parasite bagi mengumumkan filem tersebut akan ditayangkan secara eksklusif pada 14 Februari 2021 jam 9.00 malam.

Namun, perkongsian tersebut menjadi tular kerana bukan poster rasmi Parasite yang dikongsikan oleh laman Instagram TRANS7, tetapi poster Parasite berkonsep siri Sinetron yang dikongsikan mereka.

poster sinetron
Contoh poster siri Sinetron lain dengan konsep yang sama

Walaupun poster berkenaan merupakan satu karya parodi oleh TRANS7, tetapi ia ternyata menghiburkan sesiapa yang melihatnya. Penggunaan font, gambar penuh pelakon serta gambar latar belakang di awanan memang trademark untuk poster siri Sinetron.

Hasrat asal TRANS7 bagi menghebahkan filem Parasite yang akan ditayangkan pada 14 Februari depan nampaknya berjaya kerana ramai yang sudah sedia maklum terima kasih kepada poster yang kreatif ini.

Perkongsian gambar tersebut juga mengundang lebih 900 komen di mana majoriti memuji dan mahu pereka poster tersebut dinaikkan gajinya kerana terlalu kreatif. Tidak dapat bayang bagaimana hasil filem Parasite ini jika dirakam dengan gaya filem Sinetron.

Sebelum ini, ada penerbit filem Tamil yang mahu menyaman Bong Joon-ho kerana filem Parasite meniru salah satu karya beliau. Baca lagi pada pautan di bawah.

Dakwa Tiru Karya, Penerbit Filem Tamil Mahu Saman Parasite

Universiti Di Indonesia Tawar Kursus Pengajian Influencer, Syarat Wajib Mesti Ada 10,000 ‘Followers’

‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur