Gal Gadot yang terkenal melalui filem Wonder Women menerima kecaman dari pengikutnya di Twitter apabila beliau memuat naik status ucapan takziah kepada mendiang Stephen Hawking. Pada 14 Mac yang lepas, dunia dikejutkan dengan berita kematian mendiang yang terkenal dengan pengetahuan dalam ilmu fizik dan kosmologi.

Tweet dari Gal Gadot yang menerima kecaman daripada sesetengah pengikutnya yang merasakan kenyataan tersebut boleh menyinggung orang kelainan upaya. Kenyataan beliau berbunyi, “Berehatlah dengan aman Dr. Hawking. Anda sudah terlepas dari kekangan fizikal. Kebijaksaan dan kewibawaan anda akan dikenang selamanya.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gara-gara tweet tersebut, salah seorang pengikutnya mendakwa pelakon tersebut sebagai abliest, golongan yang memperlekehkan orang kurang upaya. Tidak kurang juga pengikutnya yang mempertahankan kenyataan dari pelakon tersebut dengan berkata, “Kenyataan dari anda begitu tulus dan ikhlas. Saya mempunyai kelainan upaya (buta sebelah mata) dan percayalah saya akan berasa gembira untuk bebas dari kekangan fizikal tersebut.”

Gal Gadot mungkin berniat baik cuma cara beliau menulis tweet ini disalah tafsir oleh orang ramai. Sebagai seorang public figure , beliau perlu lebih berhati-hati selepas ini.