Hampir setahun menanggung imej sebagai smartphone yang bahaya untuk digunakan, Samsung pada tahun ini sekali lagi komited untuk meneruskan siri Note dengan melancarkan Samsung Galaxy Note 8. Pelancaran smartphone ini sekaligus untuk menaikkan kembali imej dan branding siri ini seperti sebelum-sebelum ini.

Adakah smartphone ini berbaloi untuk didapatkan berdasarkan hype yang ada padanya? Tanpa melengahkan masa, berikut merupakan pandangan awal kami mengenai Samsung Galaxy Note 8.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Skrin

galaxy-note-8-front-black

Apabila mengulas mengenai siri keluaran Note, sudah pastinya saiz dan kualiti skrin antara yang menjadi topik utama. Jika sebelum ini, Samsung Galaxy S8+ sudah berjaya disertakan dengan saiz 6.2-inci, model terbaru ini hadir dengan saiz yang lebih lebar iaitu 6.3-inci.

Adakah ianya besar dan selesa untuk digunakan? Berdasarkan pandangan awal reviewer, ramai yang bersetuju Samsung Galaxy Note 8 agak besar. Walau bagaimanapun, dengan rekabentuk bezelless dibahagian hadapan, smartphone ini dilihat sebagai phablet yang selesa untuk digunakan kecuali pada bahagian fingerprint scanner yang agak tinggi untuk dicapai bagi pengguna biasa.

placement fingerprint scanner Samsung Galaxy Note 8
placement fingerprint scanner Samsung Galaxy Note 8

Spesifikasi

galaxy-note-8-black-back-front-2

Dari segi spesifikasi, boleh dikatakan Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S8 kali ini berkongsi spesifikasi yang agak mirip. Masing-masing berkongsi resolusi skrin yang sama iaitu 2560 x 1440 meskipun hadir dengan saiz yang sedikit berbeza.

Kedua-dua model terbaru Samsung pada tahun ini telah memilih untuk menggunakan processor tercanggih daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 835 namun berbeza dari segi saiz RAM. Samsung Galaxy Note 8 juga turut disertakan dengan 6 GB RAM berbanding 4 GB yang tersedia pada smartphone flagship Samsung sebelum ini.

galaxy-note-8-blue-and-orchid-grey

Salah satu perkara yang perlu anda ketahui sebelum mendapatkan Samsung Galaxy Note 8 adalah kapasiti baterinya yang agak kecil berdasarkan saiz skrin yang ditawarkan iaitu 3,300 mAh. Samsung Galaxy S8+ yang hadir dengan saiz skrin 0.1-inci lebih kecil pula menggunakan bateri bersaiz 3,500 mAh. Kemungkinan placement S-pen antara yang mendesak Note 8 menggunakan bateri yang lebih kecil selain daripada mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Antara perbezaan utama diantara kedua-dua model ini sudah pastinya bilangan kameranya di bahagian belakang dimana Note 8 berjaya menjadi smartphone pertama Samsung dengan penyediaan dwi-kamera. Kami akan mengulas dengan lebih lanjut dibawah ruangan bawah ini.

Anda boleh lihat perbandingan spesifikasi dengan lebih lanjut di sini.

Kamera

galaxy-note-8-camera-interface

Mungkin juga faktor utama untuk pengguna consider mendaptkan Samsung Galaxy Note 8 berbanding Samsung Galaxy S8 adalah kameranya. Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy Note 8 telah diperkemaskan dengan pengguna dwi-kamera di bahagian belakang.

Pengguna dwi-kamera ini membolehkan pengguna berupaya mendapatkan imej secara wide mahupun secara biasa secara serentak. Nak tahu apa yang lebih best mengenai bokeh Note 8? Anda sebenarnya berpeluang untuk melaraskan effect bokeh melalui software yang tersedia. Dalam erti kata lain, Anda boleh pilih tahap blur yang anda mahukan hanya dengan mengubahnya pada gallery. Tonton video ini untuk maklumat lanjut.

Lebih menarik, kedua-dua kamera Samsung Galaxy Note 8 ini adalah 12-megapixel dan dilengkapi dengan OIS. Ya, kedua-duanya sekali. Buat anda yang suka merakam video atau mahukan steady shot, ini smartphone yang anda boleh pertimbangkan. Berikut merupakan antara gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy Note 8 daripada engadget.

20170817-101030-1

20170817-102322-1

dims

Harga

design

Setakat ini pihak Samsung Malaysia belum mengumumkan harga rasmi bagi Samsung Galaxy Note 8. Dalam pada itu, sekiranya anda tertanya-tanya berapakah harga anggaran bagi smartphone terbaru Samsung ini, pihak Samsung pada sidang pelancaran semalam telah meletakkan tanda harga $930 (~RM3979.93).

Melihatkan kepada tanda yang harga premium kemungkinan smartphone ini bakal dijual dalam lingkungan mencecah RM4 ribu apabila mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8 dengan lebih awal, Samsung Malaysia bakal memulakan pra tempahan seawal 5 September ini. Sudah tentunya pra tempahan ini membolehkan pengguna awal mendapat beberapa gadget yang ditawarkan secara percuma.

Adakah Samsung Galaxy Note 8 berbaloi?

z92ZPM3Z93kQVAFoqFN2xK-1200-80

Berbalik kepada persoalan utama, adakah Samsung Galaxy Note 8 berbaloi. Sejujurnya pada pendapat kami, smartphone ini berjaya menawarkan spesifikasi terkini yang hebat sekaligus menjadi smartphone terbaik Samsung pernah hasilkan.

Dalam pada itu, melihatkan kepada harganya yang agak tinggi serta penambaikan daripada Samsung Galaxy S8+ yang sangat minimal, jelaslah smartphone ini bukanlah smartphone yang dimahukan buat kesemua pengguna.

Sekiranya, dwi-kamera dengan kebolehan bokeh antara yang menjadi keutamaan anda selain daripada S-pen, go for it. Anda mungkin tidak akan menyesal dengan pilihan anda.

galaxy-note-8-all-colors-2

Dalam pada itu, sekiranya anda mahukan smartphone yang cukup berprestasi tinggi, selesa dengan kemampuan kamera dimana efek bokeh yang sedikit kurang serta tidak memerlukan S-pen, kami sarankan anda untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8+.

Ditambah pula dengan harga diskaun yang ditawarkan ketika ini, mendapatkan Galaxy S8+ juga bakal menjimatkan wang anda berbanding mendapatkan smartphone terbaru daripada Samsung ini. Anda boleh klik di sini untuk melihat promosi terbaru dan menarik daripada Samsung Malaysia.

Tonton video terbaru MKBHD mengenai pandangan awal beliau mengenai Samsung Galaxy Note 8.

Baca lagi: Ulasan Penuh Vocket Mengenai Samsung Galaxy S8 Yang Baru Sahaja Dilancarkan