Minta maaf jika kami mengecewakan anda, telefon rasmi keluaran Tony Stark tidak akan disertakan dengan nombor telefon Black Widow’s, tidak juga dijana dengan kuasa Arc Reactor ataupun sepintar otak Jarvis. Walau apapun, kotak dia sangat cool!

Telefon pintar keluaran limited edition ini adalah hasil kerjasama antara Samsung dan Marvel’s Avengers, ini membolehkan anda memiliki Samsung Galaxy S6 Edge yan digunakan oleh seorang billionaire pereka-senjata ketenteraan-yang-super-cool Tony Stark/Iron Man.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=wB6MId15cpo

Telefon pintar limited edition ini hadir dengan gabungan warna merah dan emas metalik, tempat mengecas berbentuk Arc Reactor, Avangers theme seperti ringtone, wallpaper, icon dan macam-macam lagi. Untuk peminat Iron Man di luar sana, malangnya Iron Man Limited Edition S6 Edge ini hanya dijual di Korea, China dan Hong Kong sahaja. Kami sarankan anda membeli tiket ke sana sekarang kerana ia hanya dijual pada kuantiti yang terhad.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram