Pulau Pinang bakal muncul dengan tarikan terbaharu apabila galeri seni Lin Xiang Xiong siap dibina pada tahun 2022.

Menariknya, galeri setinggi 7 tingkat itu tampil dengan rekaan seni bina yang menyerupai seekor penyu. Pastinya rekaan yang unik ini mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Pulau Pinang kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
turtle-shaped-art-gallery
Sumber: Penang Property Talk

Malahan, galeri tersebut dibina bertujuan untuk menghubungkan komuniti dan seni di seluruh dunia tampil berkolaborasi dengan hasil seni. Lantaran itu, Pulau Pinang akan menjadi hub seni dan budaya dalam kalangan penggemar seni di serata dunia.

Untuk pengetahuan anda, projek ini telah mula dibina sejak tahun 2008 dan dibina di kawasan berhampiran The Light Waterfront Penang. Malah, projek ini merupakan kerjasama antara artis ternama Lin Xiang Xiong dan IJM’s Jelutong Development Sdn Bhd.