Kita sedia tahu bahawa industri muzik K-pop mempunyai pengaruh yang amat kuat dikalangan anak muda di Malaysia. Baru-baru satu muzik video dari Korea telah mempamerkan lukisan badut yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar lukisan badut yang dihasilkan oleh Fahmi Reza ini muncul dalam muzik video yang bertajuk ‘Falling in Love’ nyanyian Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo. Video muzik ini dikeluarkan sejak tiga bulan lepas dan telahpun mendapat sebanyak 480,511 tontonan dari seluruh dunia di laman YouTube.

Menurut Fahmi Reza melalui laman Twitternya, beliau sendiri tak menyangka bahawa gambar badut telah digunakan oleh artis untuk dipamerkan di dalam muzik video ini. Walaubagaimanapun beliau tidak kisah dan tidak meminta sebarang royalti untuk pengunaan gambar ini.