Jenama Proton bukan sahaja dikenali dalam pasaran Malaysia, bahkan ia turut dikenali di pasaran luar negara. Terutamanya model-model lama yang pernah di eksport ke luar negara seperti Proton Wira dan Proton Saga.

Baru-baru ini tular satu gambar seorang lelaki arab sedang duduk di bonet hadapan kereta Proton Wira yang dihiasi dengan riben seperti dia sedang menyambut ‘hari besar’ ketika gambar tersebut ditangkap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran Facebook tersebut telah mendapat ratusan komen daripada peminat-peminat kereta Proton Wira dari Malaysia. Rata-rata ramai kagum melihat kereta tersebut yang masih lagi digunakan dan dijaga dengan baik oleh orang luar negara.

Difahamkan gambar tersebut dirakam di negara Turki berdasar susunan nombor plat pada Proton Wira tersebut. Menurut netizen lain, ada sebuah Facebook Group ‘TUNCER KOÇAK TR PROTON CLUB’ yang terdiri daripada pemilik kereta Proton Wira di seluruh negara tersebut.

vocket-proton-wira-aeroback-turki-6
Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia
vocket-proton-wira-aeroback-turki-3
Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia
vocket-proton-wira-aeroback-turki-4
Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia
vocket-proton-wira-aeroback-turki-7
Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia
vocket-proton-wira-aeroback-turki-8
Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia

Walaupun model Proton Wira tidak dikeluarkan lagi, namun ia masih mempunyai peminat-peminat tersendiri yang masih lagi menggunakan kereta tersebut sebagai kenderaan harian.

Siapa tahu pada satu hari nanti, nilai kereta Malaysia boleh melonjak sama tinggi dengan nilai kereta JDM buatan Jepun yang menjadi rebutan di pasaran dunia ketika waktu ini.

Ada sebuah Proton Wira telah berjaya mengelilingi litar Nurburgring sambil berlumba dengan Porsche. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Kisah Bagaimana Teksi Wira Ini Dapat ‘Berlumba’ Dengan Porsche Di Litar Nurburgring

Model ‘Rare’ Proton Saga Ini Menang Tempat Pertama Di Pameran Kereta Antarabangsa

Sumber