Sejak mula YB Syed Saddiq melangkah ke dunia politik, beliau dilihat seringkali terpalit dengan pelbagai gosip dan isu. Terbaharu, para netizen nampaknya berspekulasi mengenai gambar beliau bersama seorang wanita cantik di dalam sebuah bilik mesyuarat.

Semuanya bermula apabila pengguna Twitter merangkap editor Malay Mail iaitu @zurairi memuat naik sebuah video seorang wanita berpakaian baju kebaya oren menuju ke sebuah bilik mesyuarat untuk bertemu YB Syed Saddiq.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Kehadiran wanita ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai pertanyaan buat para netizen. Soalnya siapakah wanita ini dan soal pakaian yang dikenakan turut menjadi menjadi isu dikalangan netizen. Terdapat juga para netizen yang memfitnah wanita ini dengan mengatakan beliau adalah wanita transgender.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah dijelaskan oleh wanita ini yang dikenali dengan nama Anna Dean atau Cleopatra melalui laman Instagram beliau. Malah, YB Syed Saddiq turut menegaskan beliau tidak bertemu dengan wanita transgender bagi perbincangan mengenai e-sukan bersama Cleo International.

Berdasarkan perkongsian, beliau adalah seorang ibu tunggal berdarah Cina dan Belanda. Perjumpaan beliau bersama YB Syed Saddiq adalah disebabkan perbincangan lanjut mengenai industri e-sukan dimana beliau adalah individu penting kepada syarikat yang mengendali pasukan e-sukan terkemuka di Malaysia iaitu Orange Esports.

Berdasarkan isu yang berlaku YB Syed Saddiq turut mengesahkan dunia politik sememangnya tidak lari daripada gosip dan fitnah. Beliau turut menegaskan orang ramai untuk memfokuskan kepada isu yang lebih penting berbanding bergosip.

Ikuti artikel berkaitan e-sukan yang diumumkan Belanjawan 2020 serta respon YB Syed Saddiq mengenai isu graduan protes ketika konvokesyen Universiti Malaysia beberapa hari lalu. 

Peruntukan Untuk E-Sukan Meningkat Kepada RM20 Juta Tahun Hadapan

Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya

 

Anda Mungkin Suka