Tentera Israel yang menyerang Gaza semaking ganas. Sejak melakukan serangan dua minggu lebih, mereka telah menghancurkan belasan masjid di sana.

Walaupun digempur terus terusan siang dan malam, warga Palestin tetap pergi ke Masjid melakukan ibadah solat.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Dan melalui satu tweet di akaun Twitter @Quran_Message, satu gambar menunjukkan seorang budak lelaki solat di hadapan tentera Israel selepas beliau di halang untuk menunaikan solat di Masjid Al Aqsa.

budak-palestine-solat

Dalam gambar itu, budak lelaki itu yang tidak diketahui namanya memakai t-shirt warna biru dan seluar jeans. Beliau kelihatan khusyuk bersolat beralaskan sejadah merah. Dibelakangnya pula kelihatan sekumpulan tentera Israel sedang berdiri berbaris.

Gambar ini mendapat respon pelbagai daripada pengguna Twitter. Ramai antara mereka menyampaikan rasa simpati terhadap budak lelaki Palestin ini dan mengecam tindakan tentera Israel.

Anda Mungkin Suka