Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Wah! Ramai pembaca Vocket yang meminati Counter Strike (CS). Artikel tentang Aiman Azhar yang menggunakan gambar-gambar rumah lama keluarga menjadi peta perang Counter Strike mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anda semua.

Baca: Lelaki Ini Menjadikan Rumah Lama Keluarga Sebagai Peta Games Counter Strike

Dan, saya dapati ramai yang mahukan peta CS tersebut. Nampaknya memang rezeki anda semua apabila Aiman Azhar sudi berkongsi peta tersebut disini. Menurutnya, walaupun peta itu belum siap sepenuhnya, ia masih boleh digunakan untuk bertempur antara polis dan pengganas. Cuma ia tidak boleh lawan antara pemain dengan komputer. Aiman juga berpesan peta ini macam flat sahaja. Jadi, harap anda semua dapat terima ia seadanya.

Tambah lebih menarik apabila Aiman melunaskan janjinya dengan memberikan saya beberapa keping gambar sebenar rumah tersebut. Wajah-wajah orang dikaburkan atas tujuan privasi kerana mereka adalah ahli keluarga Aiman Azhar.

1842197 (1)

14582296

31377699

7733730

7716960

IMG_1979

960064

7716958

Image (4)

Image (28)

Image (29)

Image (48)

OK, sekarang anda boleh muat turun peta perang CS berlatarbelakangkan rumah lama keluarga Aiman Azhar. Hanya klik link di bawah ini. Cara muat naik ke CS turut disertakan di dalam fail Readme.

Klik: Muat Turun Peta Perang Counter Strike Rumah Kampung

Oh ya! Di dalam peta perang ini tiada hostage dan tiada misi tertentu. Ia hanya main tembak-tembak sahaja, tiada bom sana-sini tetapi ada tempat menyorok untuk berlindung. Ini kerana Aiman Azhar rasa macam bersalah pula jika buat ahli keluarganya sebagai hostage seperti mana yang diharapkan oleh sebilangan daripada anda.

Sekiranya anda berminat dengan apa yang telah Aiman Azhar lakukan ini, anda boleh belajar asas untuk buat peta CS di sini. Laman web tersebut adalah cadangan dari Aiman Azhar sendiri.

(i) Setting Up Valve Hammer Editor
(ii) Beginners Guide To valve Hammer Editor

All the best and good luck!

Baca: Gadis Ini Buat ‘Sticker’ Kartun Berhijab Yang Comel Untuk Aplikasi Telegram

p/s: Jika anda adalah orang berbakat atau mengenali orang Malaysia yang mempunyai bakat besar dan mahu mereka diketengahkan, anda boleh kongsikan kisahnya bersama kami di Vocket. Hanya email kepada kami di [email protected]

Anda Mungkin Suka