Siapa sahaja tidak mengenali legenda muzik Amerika Syarikat ini. Potret Elvis Presley ini nampak seperti gambar biasa sahaja. Tetapi dalam satu acara lelongan yang akan dijalankan syarikat Christie, gambar ini dijangka bakal dibida sehingga USD30 juta (RM116 juta).

Apa yang menarik tentang gambar ini? Yang menjadikan ianya lebih istimewa adalah gambar ini adalah hasil tangan legenda pop art Andy Warhol. Gambar ini adalah karya beliau yang diberi tajuk ‘Double Elvis’ dan dihasilkan Andy sekitar tahun 1960an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

andy warhol

Gambar ini menyaksikan Elvis memegang pistol revolver dari salah satu adegan dalam filem lakonannya, Flaming Star. Lelongan ini akan dijalankan pada 17 Mei depan. Peminat setia Elvis memang ramai di Amerika Syarikat dan tidak mustahil untuk gambar ini mencapai harga yang tinggi. Lagi pun ianya hasil tangan Andy Warhol. Bertambahlah lagi nilai gambar ini.