Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kini dijatuhkan 25 tuduhan kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB yang dimasukkan secara terus ke akaun beliau.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam membenarkan Najib Razak diikat jamin RM3.5 juta dan boleh dibayar secara ansuran RM1 juta dan selebihnya sehingga 28 September 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun muka hadapan akhbar Berita Harian hari ini mencuri tumpuan apabila menampilkan gambar wajah ‘separuh-separuh’ dengan skema warna merah hitam. Mungkin pada orang ramai gambar ini biasa sahaja. Tetapi pada pandangan saya, ianya adalah antara muka hadapan akhbar yang hebat sepanjang tahun ini. Seperti ada maksud ‘tersirat’.

Datuk Seri Najib dilihat ‘tersenyum’ di sebalik tulisan pertuduhan yang dijatuhkan kepadanya. Pertama kali saya melihat gambar ini, terus terdetik dua perkara dalam fikiran saya: Fahmi Reza dan watak penjahat ‘keadilan’ Batman yang obses dengan duit syiling, Two Face.

Fahmi Reza adalah artis yang lantang bersuara melalui karyanya ketika pemerintahan Najib Razak. Beliau pernah dijatuhkan hukuman kerana melukis wajah Najib Razak sebagai badut yang dianggap mengancam atau menyinggung perasaan dengan tujuan untuk menyakitkan hati, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain.

Beberapa bulan yang lalu, Fahmi Reza turut memasuki pertandingan rekaan kasut Vans Asia Custom Culture di mana beliau mendapat undian paling tinggi untuk pusingan pertama. Rekaan tersebut menampilkan rekaan badut Najib dengan skema warna merah hitam, hampir sama dengan muka depan akhbar Berita Harian ini.

Keduanya, watak Two Face. Two Face adalah penjahat yang terkenal dalam siri komik Batman. Harvey Dent adalah salah seorang peguam yang hebat di Gotham City satu ketika dahulu. Wajah beliau kemudiannya menjadi hodoh selepas disimbah asid oleh salah seorang ketua gangster di Gotham.

two face
Harvey Dent (Two Face) versi The Dark Knight

Akibat daripada asid berkenaan, beliau menjadi seorang yang jahat selepas terpengaruh dengan persona ‘dua muka’ beliau. Harvey bertukar menjadi penjenayah yang sangat obses dengan ‘good dan evil’ dan setiap perbuatan beliau akan tentukan dengan duit syiling yang sentiasa dipegangnya. Beberapa versi Two Face turut hadir dalam siri komik Batman; ada yang menulis Harvey sebagai seorang yang mempunyai penyakit schizophrenia, bipolar disorder, dan dissociative identity disorder.

Muka depan Berita Harian ini boleh dikatakan membawa maksud tersirat yang tersendiri. Gambar ‘dua muka’ sambil tersenyum memang bawa banyak makna. Di sebalik senyuman ini juga pastinya tersimpan 1001 rahsia yang masih belum dibongkar.

Semuanya atas interpretasi masing-masing. Jika saya melihat dua perkara di atas ketika pertama kali melihat muka depan BH pagi ini, adakah anda mempunyai pemahaman yang sama?

P/S: Ini adalah sekadar pandangan peribadi penulis terhadap muka depan akhbar Berita Harian hari ini.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.