Baru-baru ini tertiris gambar kasut terbaru pemain bintang NBA iaitu LeBron James bersama Nike. Rekaan kasut terbaru Nike LeBron Soldier 12 diinspirasikan daripada sekolah lama beliau iaitu St. Vincent-St.Mary.

Melihat daripada gambar, bahagian atas kasut ini dihiasi dengan warna putih dan hijau. Selain itu anda dapat melihat logo swoosh pada strap kasut ini manakala bahagian dalam kasut pula terdapat logo St. Vincent-St.Mary (SVSM).

Setakat ini masih belum ada lagi tarikh dan harga untuk sepasang kasut Nike LeBron Soldier 12 ‘SVSM Home’. Buat anda yang berminat untuk mendapatkannya mungkin anda perlu menunggu seketika sementara menantikan pengumuman rasmi daripada Nike.

nike-lebron-soldier-12-svsm-home-release-002

nike-lebron-soldier-12-svsm-home-release-003