Kanye West yang merupakan pereka design kasut YEEZY, baru-baru ini dilihat melangkah masuk ke bandar dengan mengayakan model terbaru YEEZY BOOST 700 Wave Runners Season 7. Gambar ini ditangkap oleh seorang paparazzi yang pada ketika itu berada di studio terbaru Kanye di Calabasas.

Tidak seperti model asal yang dikeluarkan pada tahun lalu, warna kasut kali ini kelihatan lebih gelap. YEEZY BOOST 700 model terbaru ini dihiasi dengan skema warna coklat gelap dan ungu. Selain itu, reka bentuk kasut agak minimum berbanding model sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa sekarang, tiada lagi pengumunan rasmi dari pihak adidas dan Kanye West. Akan tetapi para peminat menjangka koleksi ini mungkin bakal dikeluarkan pada musim luruh. Buat anda yang merupakan peminat Yeezy mungkin anda boleh menyimpan wang bermula hari ini.

kanye-west-adidas-yeezy-wave-runners-purple-yellow-1

kanye-west-adidas-yeezy-boost-700-season-7-fall-2018-early-look-000