Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penangkapan bekas bintang bola sepak dunia Ronaldinho di Paraguay.

Beliau ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas disyaki menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu bersama-sama dengan abang kandung dan pengurusnya.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

gapp

Kini selepas hampir seminggu ditangkap, peluang Ronaldinho untuk kembali ke negara asalnya dilihat semakin tipis.

Ini selepas mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan beliau untuk dilepaskan dan menjalani tahanan rumah di Brazil.

Menurut hakim yang mengetuai perbicaraan kes itu, Ronaldinho berkemungkinan terpaksa ditahan di penjara untuk tempoh enam bulan seterusnya atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.

Walaupun baru beberapa hari ditahan, namun dek kerana popularitinya, gambar-gambar bekas pemain yang pernah menyertai kelab seperti Barcelona, AC Milan dan PSG itu di penjara sudah mula bertebaran di internet.

Walaupun dilihat masih tersenyum, namun keadaan penjara tersebut dilihat sangat menyedihkan dan pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terkejut.

Kecuali jika anda adalah penggemar siri televisyen Prison Break, mungkin anda sudah tahu dan kenal dengan keadaan penjara di sana.

Berikut adalah perkongsian oleh netizen yang menggambarkan keadaan sebenar penjara yang kini menjadi rumah kedua Ronaldinho.

ronaldinho-jailed

Ronaldinho (dalam bulatan berbaju warna merah jambu)

Bagaimanapun, keadaan penjara yang menyedihkan itu tidak menghalang Ronaldinho – yang cukup terkenal dengan perangai ‘nakal’nya sebelum ini untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Perkongsian gambar yang tular di media sosial ini menunjukkan Ronaldinho sedang ‘menikmati’ penginapannya dengan melayan peminatnya serta memberikan autograf buat mereka.

ron1

sesi autograf di dalam penjara paraguay

auto

Baju yang ditandatangi Ronaldinho dalam penjara paraguay

Malah, melalui perkongsian sama, netizen juga mendedahkan dia masih berpeluang untuk menikmati minuman beralkohol disana.

Bagaimanapun perkara itu tidak dapat disahkan memandangkan gelas minuman yang dipegang oleh Ronaldinho dalam gambar tersebut tidak kelihatan dengan jelas.

Dalam perkembangan sama, penjara yang kini dihuni bekas pemain itu juga dijangka akan melansungkan pertandingan futsal pada minggu hadapan seperti dilaporkan SportBible.

Bagaimanapun, portal tempatan Extra menjelaskan pertandingan itu memang sudah dirancang sejak sebelum ketibaan bekas bintang Brazil di penjara itu lagi.

Malah mereka juga tidak menjangkakan Ronaldinho akan turut serta dalam kejohanan tersebut.Kejohanan itu bakal disertai lebih 100 banduan dan paling menarik, pihak warden tidak dibenarkan untuk turut serta.

Terlepas untuk membaca perkongsian kami tentang penangkapan Ronaldinho sebelum ini? Klik pautan di bawah untuk mengetahui kisah di sebalik penahanan bintang bola sepak dunia ini. 

Ronaldinho Ditangkap Pihak Berkuasa Paraguay Selepas ‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu

Tonton Aksi Menghiburkan Ronaldinho Di Premier Futsal India

Ronaldinho Berminat Untuk Bermain Di Malaysia Secara ‘Percuma’

Anda Mungkin Suka