Susah untuk kita lihat kehidupan seharian rakyat di Korea Utara. Lelaki Iran kelahiran German, Omid Scheybani berkongsi gambar pengembaraannya di Korea Utara sepanjang 10 hari. Kesemua gambarnya ditangkap hanya menggunakan iPhone. “iPhone memudahkan saya menangkap gambar-gambar ini yang tidak mungkin dapat saya lakukan jika menggunakan kamera yang besar. Hanya keluarkannya, tangkap beberapa keping gambar dan masukkan semula ke dalam poket,” kata Omid.

Di negara Korea Utara, jika anda mengambil gambar tanpa kebenaran dan tindakan anda dikatakan mencurigakan, anda boleh ditangkap dan dituduh sebagai pengintip. Jadi gambar-gambar yang diambil Omid ini walaupun secara curi-curi, tetapi hasilnya sangat cantik.

VS Cover New
HYPE
Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday
Baca lagi →

Omid berjaya merakam gambar-gambar perbezaan darjat di mana menurut Omid, ianya seperti kerajaan Korea Utara yang menetapkan siapa yang layak dan tidak layak untuk duduk di bandar Pyongyang. Mereka yang tidak layak terpaksa tinggal di luar Pyongyang di mana keadaannya lebih suram dan kurang mengembirakan.

Anda boleh lihat gambar-gambar lain yang ditangkap Omid di sini.
omid 1

omid 2

eyeem-78153090

eyeem-78153097

eyeem-78153119

omid 5

omid 9

omid 10

0h

oh2

02

Anda Mungkin Suka