jurugambar-thevocket

Seorang jurugambar terkilan dengan sikap sebuah universiti terkemuka Malaysia bertindak dengan menggunakan gambar hasil jurugambar tersebut tanpa kebenaran.

Nixon Lim mendapati gambar hasil kerjanya digunakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran beliau.

Berikut adalah tindakan yang telah di lakukan oleh Nixon untuk maklum balas lanjut dengan pihak USM.


 

Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.

“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.

“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.

“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.

Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP

usm 2

usm 3

usm 1

Sumber: NewMalaysianPost