Malaysia mempunyai peminat kereta eksotik tersendiri yang sering up-to-date dengan perkembangan semasa kereta-kereta yang dilancarkan oleh sesuatu jenama dari seluruh dunia.

Terbaharu, salah seorang ahli Evo Club Official Group telah berkongsi sekeping gambar sebuah model kereta Ford GT baru yang ditemui sedang mengisi minyak di sekitar Johor Bahru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-5
Sumber Gambar: Evo Club Official Group
vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-3
Sumber Gambar: IG Story Tunku Abdul Rahman

Gambar tersebut telah tersebar luas dikalangan peminat-peminat kereta eksotik Malaysia sehingga mendapat perhatian Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman.

Pihak The Vocket telah menghubungi TPJ dan baginda menyatakan kereta Ford GT tersebut memang miliknya. Ketika dihubungi, TPJ kini sedang berada di Australia bersama-sama pasukan Johor Motorsport Racing Team dan Triple Eight Race Engineering menyertai acara kejohanan GT World Challenge Australia 2021.

Ford GT Baru

vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-7
Sumber Gambar: Ford Media
vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-9
Sumber Gambar: Facebook Michael Teoh

Pada Disember 2015, Ford menyatakan mereka akan kembali ke acara CES 2016 untuk memperkenalkan model Ford GT baru yang lengkap dengan teknologi terkini, struktur badan kereta carbon fibre, 600hp Ecoboost V6 dan sistem aerodinamik aktif.

Kereta ini merupakan model ‘dimodenkan’ daripada model asal Ford GT40 yang pernah dihasilkan sebanyak 105 unit pada tahun 1964 hingga 1969. Untuk memahami sejarah model Ford GT40 dengan mudah, kami sarankan anda untuk menonton filem Ford VS Ferrari.

Sekitar Mei tahun 2016, laman web Ford menyatakan syarikat tersebut telah menerima 6,505 permohonan awal pembeli yang berpotensi yang dibuka untuk masa yang terhad melalui laman web FordGT.com. Ekoran sambutan amat memberangsangkan, Ford terlebih dahulu meluluskan 500 permohonan terawal.

Menurut laman web Motor Authority, pihak Ford telah meningkatkan jumlah pengeluaran kereta ini daripada 1,000 unit menjadi 1,350 unit sehingga tahun 2022 nanti.

Ford GT Baru Pertama Di Malaysia

vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-5

TPJ mula memperlihatkan kereta Ford GT miliknya yang merupakan unit pertama yang sampai di Malaysia pada sekitar bulan September 2020 lalu. Beberapa gambar kereta berwarna biru ini telah dimuat naik pada IG Story untuk tatapan peminat-peminat kereta eksotik tempatan.

Kemudian pada hari minggu lalu, salah seorang ahli Evo Club Official Group telah menemui Ford GT milik TPJ sedang diisi minyak oleh petugas Istana di sekitar Johor Bahru.

TPJ bukanlah satu-satunya individu yang memiliki kereta ini di Malaysia, paduka kekandanya TMJ turut memiliki bukan satu, tetapi dua buah kereta Ford GT baru ini.

Ford GT TMJ

vocket-gambar-ford-gt-tpj-johor-8
Sumber Gambar: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Tidak beberapa lama selepas itu, dua buah Ford GT milik TMJ telah sampai di Malaysia secara berasingan. Kedua-dua unit kereta tersebut mempunyai corak livery yang berbeza.

Pada Disember 2020, buat pertama kali TMJ memperlihatkan Ford GT pertamanya mempunyai livery 68 Le Mans 2016 yang kebetulan warnanya sama dengan warna bendera negeri Johor — merah, putih dan biru. Pada bahagian hadapan kereta mempunyai nombor ’68’ dan perkataan ‘GT’ pada kiri kanan pintu kereta.

Dan sekali lagi TMJ memandu Ford GT ’68’ ini ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada awal bulan Mac lalu.

Pada sekitar bulan Mac yang lalu pula, TMJ telah memperlihatkan beberapa keping gambar kereta Ford GT dengan livery Martini Racing melalui IG Story miliknya.

Untuk kereta kedua ini, baginda telah menggunakan gabungan warna rasmi Martini Racing iaitu biru, putih dan merah serta logo Martini Racing pada bahagian kiri dan kanan pintu kereta.

Oleh kerana keluarga Diraja Johor cukup terkenal dengan minat begitu mendalam terhadap kereta-kereta berkuasa tinggi, jadi tidak hairanlah negeri tersebut telah menerima tiga unit terawal kereta Ford GT baru di Malaysia.

Pada hari pertama Syawal baru-baru ini, salah seorang private collector Malaysia telah menerima salah sebuah model kereta Bugatti Divo setelah dipilih oleh jenama kereta mewah tersebut.

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta

Ferrari LaFerrari Ungu Milik TMJ Yang Seksi

2017 Ford GT Edisi ‘Le Mans 1966’ Ini Sungguh Menawan