Baru-baru ini ketua pengarah Hirofumi Kojima telah memuat naik satu kepingan gambar teaser kerjasama terbaharu bersama atmos x Nike Air Max 1 ‘Animal’ 3.0 di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat daripada gambar yang telah dikongsikan oleh beliau, kolaborasi terbaru ini terdiri daripada tiga jenis Air Max 1, masing-masing dengan rekaan haiwan yang berbeza iaitu berunsurkan kulit lembu, harimau bintang dan harimau belang.

Berdasarkan caption yang ditulis oleh beliau di Instagram, ketiga-tiga model ini tidak akan dilancarkan pada tahun ini sekaligus mengesahkan pengeluaran model ini pada tahun hadapan sempena Nike Day.