Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke saingan akhir dalam acara terjun tiga meter papan anjal individu wanita dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020. Walaupun Dhabitah tidak berjaya meraih pingat dan menduduki tempat keempat dalam acara tersebut tetapi beliau tetap menang di hati rakyat Malaysia.

Terbaharu, perkongsian Dhabitah di Facebook kembali tular di media sosial dimana menunjukkan kesukaran beliau menjalani latihan sebagai seorang atlet terjun negara pada tahun 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Dhabitah berkata bahawa berlatih untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, dia sangat menghargai sokongan yang diberikan kepadanya dan berharap umum tidak membenci dirinya.

Perkongsian tersebut yang kembali tular di media sosial mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian yang ditonjolkan Dhabitah. Malah, ada juga netizen yang mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Screenshot 2021-08-02 at 9.14.50 AM

Screenshot 2021-08-02 at 9.15.20 AM

https://twitter.com/theloudestsis/status/1421845478619054081

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berasa terkejut dengan sesi latihan tersebut dan kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan Dhabitah. Segala usaha dan kesukaran Dhabitah berlatih ‘terbayar’ semalam dengan menunjukkan aksi terbaik dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020. Tahniah Dhabitah!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 pada pautan di bawah ini.

‘Lebih Baik Fokus Tilawah Al-Quran’- Kenyataan Lelaki Ini Terhadap Pelari Wanita Negara Undang Kecaman Netizen

‘Anda Lebih Layak Menang’ – Netizen Indonesia Ucap Tahniah Kepada Beregu Malaysia

Gayakan Seragam ‘Sopan’ Di Sukan Olimpik, Gimnas Wanita Jerman Ini Curi Tumpuan Netizen