Imej sekitar Mark Zuckerberg di Barcelona untuk majlis pelancaran telefon bimbit Samsung Galaxy S7 ini sedikit sebanyak membuat komuniti Facebook bercakap mengenainya.

Vr1

vr3

Gambar di atas menunjukkan Mark Zuckerberg berjalan di dalam satu dewan penuh dengan manusia yang mencuba Samsung Gear VR headset. Ibarat Mark berjalan di tepi lautan zombie yang sedang asyik dengan teknologi. Agak disturbing juga gambar ini.

Samsung Gear VR headset ini menggunakan teknologi Oculus Rift. The Oculus Rift adalah alat virtual reality headset, satu teknologi di mana anda dapat merasa suasana 3D apabila memakainya. Teknologi ini diasaskan oleh Palmer Luckey dan dibangunkan dan ditaja oleh Facebook.

Jadi, jika diberi peluang adakah anda akan membeli headset Oculus Rift atau Samsung VR Headset ini? Saya nak kerana nak jadi seperti Johnny Mnemonic. Kalau tak tahu cuba cari filem ini.

I'm Johnny Mnemonic !
I’m Johnny Mnemonic !
Sumber
  • Geek