Tidak dapat dinafikan bahawa sekeping gambar dapat memberikan perasaan yang berbeza bagi mereka yang melihatnya. Malah, dalam setiap gambar memiliki makna tersirat dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar itu sendiri.

Baru-baru ini, gambar yang dirakam Dallah Deen dan Nazri Sulaiman telah berjaya mendapat perhatian ramai. Gambar yang diambil menunjukkan seorang pelajar lelaki dan beberapa ekor kerbau ini telah tersenarai dalam 20 gambar terbaik dunia tahun 2018 di mana gambar ini telah dirakam pada tahun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

5574218-6333453-Photographer_Mohd_Nazri_Sulaiman_won_a_Remarkable_Award_in_the_f-a-120_1540917452729

Malah, gambar tersebut berjaya menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli dengan menyifatkan foto-foto ini telah berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. Beliau juga berasa kagum akan hasil gambar tersebut.

Koleksi gambar tersebut menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, Mohd Syukur Khamis yang berasal dari Terengganu beraksi dengan kerbau peliharaan keluarganya.

Untuk pengetahuan anda, keunikan gambar yang diambil oleh Nazri Sulaiman berjaya memenangi anugerah di Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic dan anugerah Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat rakyat Malaysia kerana hanya dengan sekeping gambar dapat menonjolkan keunikkan Malaysia bahkan dapat mengharumkan nama negara kita di mata dunia.

49898462_2281929425427327_3435800835517317120_n-671×474

15732224_1517018871645761_6764473529563838060_o-671×492

49816879_2281929445427325_4359883995807219712_n-671×447

Menurut wawancara Harian Metro yang menemui remaja tersebut, Mohd Syukur Khamis berkata bahawa beliau tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau.

Tambahnya lagi, beliau seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayahnya.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber