Mohd Syukor Khamis pernah viral beberapa bulan lalu melalui sebuah gambar yang lebih dikenali ramai sebagai Mowgli Malaysia. Kini, sebuah pencapaian yang amat membanggakan lebih-lebih lagi buat Mohd Syukor dan jurugambar yang merakam gambar epik tersebut, Nazri Sulaiman apabila gambar tersebut kini terpilih untuk dipamerkan di sebuah galeri di Itali.

Khabar gembira tersebut dikongsikan pada Facebook Nazri Sulaiman semalam. Perkongsian tersebut rata-rata disambut dengan ucapan tahniah daripada netizen. Gambar tersebut akan dipamerkan di Austrian Cultural Forum bersama-sama dengan himpunan beberapa gambar terbaik daripada Alfred Fried Photography Award 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar tersebut akan dipamerkan di galeri berkenaan bermula 25 September nanti. Bukan itu sahaja, gambar Mowgli Malaysia juga mungkin akan turut dibawa didalam jelajah forum tersebut di serata Eropah. Tahniah buat Nazri Sulaiman dan Mohd Syukor.