Adakah anda bakal berkahwin dan mencari jurugambar yang boleh merakamkan saat-saat bahagia anda dan pasangan? Pasti anda juga akan melihat banyak gambar yang telah diambil untuk dijadikan rujukan dan inspirasi ketika hari bahagia anda kelak.

Gambar perkahwinan yang telah diambil di Jepun ini mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk gambar perkahwinan anda kelak. Gambar yang dirakam jurugambar dari Malaysia, Amierfikri ini terpilih dan dimuat naik oleh majalah Rangefinder setelah gambar-gambar yang beliau muat naik di laman sosial Instagram mendapat perhatian pihak Rangefinder.

Globally Inspired

Setelah dihubungi oleh pihak Rangefinder, beliau menghantar 10 keping gambar kepada pihak tersebut tetapi gambar yang di ambil di salah satu kedai berdekatan pasar area Sensoji Temple, Asakusa, Jepun ini yang menjadi pilihan.

Untuk pengetahuan anda semua, Rangefinder adalah sebuah majalah fotografi profesional yang berusia 65 tahun berkonsepkan gambar perkahwinan dan potret yang mengikuti trend masa kini. Rangefinder juga merupakan majalah rasmi Perkahwinan dan Potret Jurugambar Antarabangsa (WPPI) yang sangat mementingkan kualiti yang terbaik dan menyampaikan maklumat setiap bulan dalam edisi cetak dan edisi digital setiap hari.

Beliau yang seringkali menjadikan gambar yang diambil oleh jurugambar perkahwinan antarabangsa seperti Fer Juaristi, Dan O’Day dan Gabe Mcclintock sebagai rujukan tidak menyangka gambar beliau akan dipilih oleh Rangefinder.

“Sebagai seorang jurugambar, mungkin bagi dirinya gambar tersebut dah cukup bagus tapi tidak bagi mata orang lain kerana pendapat orang berbeza-beza,” Kata Ameirfikri.

Dengan menggunakan camera DSLR Nikon D750, lensa 35mm dan dibantu dengan pencahayaan natural yang baik, beliau mengambil gambar pasangan Deanna dan Fakhrul yang ingin mengabadikan kenangan mereka di Jepun. Lokasi penggambaran sememangnya memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan gambar perkahwinan terbaik untuk disimpan hingga ke akhir hayat.

jurugambar 2

jurugambar 3

jurugambar 4

jurugambar 5

jurugambar 6

jurugambar 7

jurugambar 8

jurugambar 9

Jurugambar

Bagi anda yang ingin melihat gambar penuh pasangan ini atau gambar lain yang dirakam Amierfikri, anda boleh lihat di sini.