Saya berjaya jimat RM26 hari ni! Maklumlah, zaman kos sara hidup tinggi ni, selagi boleh jimat, kita jimatlah selagi boleh. 16 keping gambar passport pada harga RM2 saja yang berjaya saya hasilkan.

Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang saya kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar kat bawah ni dengan nada, intonasi dan emosi yang gembira dan teruja. Ini empat perkara penting yang ada perlukan untuk mendapatkan gambar passport dengan cara jimat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Smartphone
2. Pendrive 4GB
3. Otak yang smart
4. Sedikit kerajinan

Selalunya pada hari lain saya kerap cerita tentang panduan kewangan sempoi dan tip hartanah santai. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal berjimat buat gambar passport pakai smartphone pulak. Berikut merupakan cara-caranya.

1. Gunakan kain biru dan berpakaian kemas

20429931_1633661019977557_9139832085657741306_n

Anda perlu ambil gambar hensem-hensem macam ni. Tak perlu pakai DSLR pun, gunakan smartphone sedia ada sudah memadai. Ingat! Kita nak jimat dan senang.

Yang bahagian bawah, tak kisah. Asalkan yang atas handsome dan kemas. Background pakai kain biru terus kalau nak senang. Kalau tak, anda kena guna Adobe Photoshop pula untuk edit background tu.

Kalau anda ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang anda akan dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan sendiri. Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.

2. Gunakan aplikasi Photo Grid

20264917_1633660959977563_4403909211556689644_n

Saya yakin anda semua ada smartphone.Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Anda cuma perlu masuk ke Play Store dan dapatkan aplikasi “Photo Grid” ni. Percuma.

3. Pilih tatapan mode portrait

20264733_1633661066644219_3239635630407288248_n

Pilih mode portrait dan crop gambar ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di”crop” tu.

4. Rotate gambar yang telah diambil

20294255_1633661113310881_4508980407615954457_n

Selesai crop gambar, anda perlu rotate gambar anda 90 darjah. Tidak kisah sama ada mengikut arah jam atau lawan arah jam. Anda hanya perlu tekan sekali sahaja. Hal ini bakal memudahkan anda untuk pada proses seterusnya.

5. Save dalam format yang sesuai

20376005_1633661139977545_104566895477190546_n

Seterusnya anda boleh ‘save’ gambar yang telah diambil dan crop mengikut format seperti yang tertera di dalam gambar diatas.

6. Pilih gambar yang diambil sebanyak 8 kali

20265104_1633661183310874_3217824456085269622_n

Anda perlu pilih 8 kali gambar yang anda save tadi. 8 gambar ini dipilih untuk memudahkan anda print pada proses terakhir.

7. Pilih susunan gambar yang bersesuaian

20293111_1633661223310870_6051233059725700391_n

Pilih susunan seperti yang saya tunjukkan diatas. Kalau anda pilih susunan lain, sah-sah memang tak jadi. Percayalah!

8. Pilih nisbah 2:3

20258098_1633661276644198_750656615055319568_n

Yang penting, anda kena pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R. Anda nampak border tu? Klik border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang untuk memisahkan kesemua 8 gambar.

9. Simpan gambar dalam kualiti terbaik

20258459_1633661339977525_349525475222929302_n

Kemudian, anda hanya perlu simpan gambar yang diambil menggunakan kualiti yang terbaik iaitu 2048P. Hal ini bakal membuatkan gambar anda tampil lebih jelas serta tampil seolah diambil di kedai foto.

10. Pilih retouch untuk tampil lebih flawless

20280646_1633670046643321_3782638994285684212_o (1)

Sedikit bonus buat anda semua. Kalau anda rasa nak hilangkan cela-cela di wajahmu itu, anda klik saja fungsi “Retouch” tu dan pilih “Auto Retouched”. Memang muka anda akan jadi flawless sangat-sangat and obviously nampak fake sangat. Haha. Kalau nak yang ringan-ringan, cukuplah anda adjust  pada bahagian “Smoother” tu.

11. Print gambar yang diambil di kedai foto

20248314_1633661369977522_5962690091392425252_o

Bila dah siap save tu, anda perlu rotate balik gambar tu seperti yang tertera diatas. Siap! Simpan dalam pendrive anda dan segera ke kedai foto yang terdekat.

Anda perlu tanya kepada tauke kedai terlebih dahulu. “Bang, nak print satu gambar 4R berapa ringgit ye?”. Kalau dia kata RM5, memang sahlah anda kena ‘kelepet’ dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, anda terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.

Maka, anda akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?

Harga biasa – paling murah

4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28

Anda dah jimat RM26 tau! Tahniah! Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.

Anda pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, anda perlu cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.

Selamat mencuba semua. Nak hidup jimat kenalah usaha sikit kan. RM26 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Boleh beli pampers anak saya satu pack besar ye. Haha!