Mengambil gambar dari udara kini bukan lagi sesuatu perkara yang menyulitkan kerana anda kini boleh membeli drone dengan harga yang berpatutan.

Dronestagram dan National Geographic telah memilih 9 pemenang untuk International Drone Photography Contest 2016 daripada 6,000 penyertaan dari serata dunia. Pertandingan ini dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Travel, Nature & Wildlife dan Sports and Adventure.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah seorang jurugambar yang menyertai pertandingan itu, Max Seigal berkata drone membolehkan beliau merakam gambar-gambar menarik dari perspektif yang mustahil sebelum ini. “Sejak daripada itu, terus saya jatuh cinta dengan drone photography,” tambah Max.

Lihat gambar-gambar yang dipilih sebagai pemenang di bawah. Semuanya memang menakjubkan. Anda yang sudah mempunyai drone, bolehlah cuba ambil bahagian dalam pertandingan ini tahun hadapan.

dr2

dr3

dr4

dr5

dr6

dr7

dr8

dr9

Sumber