Setiap tahun pasti ada sahaja pertandingan fotografi yang dijalankan dalam memilih jurugambar serta gambar yang paling menarik untuk dipilih sebagai pemenang.

Pada kali ini, pertandingan The Natural History Museum’s Wildlife Photographer of the Year berjaya memilih pememang LUMIX People’s Choice Award selepas sebuah gambar pergaduhan tikus yang berebut sisa makanan di subway London ini berjaya mencuri perhatian orang ramai.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, sebanyak 48,000 penyertaan dan gambar diterima dan cuma 25 gambar telah dipilih sebagai finalis. Sam Rowley dengan gambar epiknya berjaya muncul sebagai pemenang selepas menampilkan sebuah gambar yang penuh dengan penceritaan.

©-Sam-Rowley-Wildlife-Photographer-of-the-Year-Winner-800×533

Sumber: Petapixel

Meskipun dianggap sebagai sebuah kebetulan bagi sesetengah pihak, Sam Rowley menyatakan sebaliknya dimana beliau sanggup berada di platform subway berbeza setiap malam semata-mata untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

Selain itu, anugerah daripada LUMIX ini turut menampilkan beberapa imej lain yang turut mendapat ramai bagi kategori hidupan liar.

©-Aaron-Gekoski-Wildlife-Photographer-of-the-Year-Highly-Commended-800×533

Sumber: Petapixel

©-Michel-Zoghzoghi-Wildlife-Photographer-of-the-Year-Highly-Commended-800×533

Sumber: Petapixel

©-Martin-Buzora-Wildlife-Photographer-of-the-Year-Highly-Commended-800×533

Sumber: Petapixel

Sebelum ini, anak lelaki mendiang Steve Irwin turut berjaya memenangi Wildlife Photographer of the Year. Ketahui juga cara kreatif lelaki ini hasilkan iklan Audi Q2 menggunakan kereta mainan.

Anak Lelaki Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Sebagai ‘Wildlife Photographer Of The Year’

Lihat Cara Kreatif Lelaki Ini Hasilkan Iklan Audi Q2 Menggunakan Kereta Mainan

Anda Mungkin Suka