Sejak semalam tular perkongsian beberapa keping gambar anggota polis yang dilihat melakukan rondaan di sekitar kawasan perumahan.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan kali ini adalah kerana kesemua anggota polis yang menjalankan rondaan kali ini menggunakan kuda dan bukannya kereta atau motosikal seperti yang sentiasa dilihat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan ramai yang menyamakan kelibat rondaan polis berkuda itu seakan-akan yang selalu dilihat di luar negara, rondaan itu sebenarnya di lakukan di dalam negara atau lebih tepat lagi di Serdang, Selangor.

“Penugasan Rondaan Cegah Jenayah atau Community Policing di bawah pentadbiran Balai Polis Bandar Kinrara bersama anggota bertugas dengan kekuatan 4 ekor kuda dari Unit Berkuda PDRM.

“Masyarakat sekitar memberi maklum balas yang baik dengan kehadiran rondaan pihak polis ke kawasan perumahan,” tulis kenyataan berkenaan.

Kehadiran unit berkuda itu juga menurut mereka bukan sahaja membuatkan penduduk di kawasan berasa selamat namun penduduk setempat juga difahamkan mahu program berkenaan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Walaupun unit berkuda ini tidak terlalu kerap dilihat, namun sebenarnya mereka bukanlah satu unit yang baru dan difahamkan telah ditubuhkan sejak tahun 1882 lagi menurut laman sesawang galeripdrm.blogspot.com.

Perkongsian daripada Polis Daerah Serdang itu mula mencuri tumpuan di media sosial sejak semalam dan kembali dikongsikan oleh para netizen yang teruja melihat kelibat unit berkuda itu di kawasan perumahan.

Baca juga perkongsian kami mengenai petugas keselamatan yang seakan-akan memakai kostum Robocop ini melalui pautan di bawah. 

Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB

Terjatuh Dan Ditangkap Polis, Ini Yang Berlaku Dalam Video Tular ‘Kantoi’ Atas Bumbung

Motosikal Lagi Besar Daripada Yang Menunggang, Cubaan ‘Wheelie’ Berbahaya Ini Buat Netizen Risau