Akhirnya terbongkar juga rupa sebenar Proton Perdana 2016 yang bakal dilancarkan bulan Mac nanti. Jika dua hari lalu kami memperolehi spesifikasi Perdana 2016 semasa merayau-rayau di laman-laman sosial, hari ini perkara yang sama juga berlaku.

Nampak gayanya selepas ini mungkin banyak lagi foto yang akan terkeluar di alam maya.

Kami yakin inilah versi produksi Perdana 2016 kerana jika dilihat dari bentuk lampu belakang dan depan ia sama seperti dalam imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Rekaan rim aloi juga sama dengan versi yang telah dipertontonkan semasa Alami Proton tahun lalu. Kemasan dalaman dua tona juga sama dengan spesifikasi yang terbongkar.

Cuma topmark@emblem pada sayap Proton dan belakang masih menggunakan logo Proton yang lama. Katanya logo Proton yang baharu berbentuk 3D dan nampak lebih garang.

perdana-rear

perdana-front (1)