Pada 29 Jun 2021, seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selebriti wanita berumur 34 tahun itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati selebriti wanita itu positif dadah jenis methamphetamine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, selebriti tersebut telah membuat laporan polis apabila gambarnya yang dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai tular di media sosial.

Lantaran itu, Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut. Pihak polis memandang serius terhadap laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

Sejuk Dan Kabus Tebal, Keadaan Di Cameron Highlands Buat Netizen Tidak Sabar Untuk Berkunjung

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Sumber