Selepas Tom Holland sekali lagi ‘terlepas cakap’ berkenaan siapa yang akan memegang watak Mysterio, kali ini gambar Jake Gyllenhaal dengan suit lengkap Mysterio pula tertiris di set penggambaran Spider-Man: Far From Home. Gambar ini telah dikongsikan di laman Twitter.

Pada mulanya Gyllenhaal dikhabarkan bulan Mei lepas bahawa beliau berminat untuk membawa watak villain yang popular dengan kuasa tipu helah ini. Selain suit Mysterio, Spider-man juga akan turut ditampilkan pakai terbarunya suit serba hitam iaitu Stealth Suit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masih belum kelihatan ‘balang’ untuk kepala Mysterio tetapi daripada segi pakaian, memang hampir tepat dengan versi komik! Filem Spider-Man: Far From Home bakal dikeluarkan pada tahun hadapan 5 Julai 2019 di pawagam seluruh dunia.