Seringkali telefon pintar yang digunakan menjadi kayu ukur kekayaan seseorang. Perkara ini bukan sahaja menjadi ukuran buat segelintir netizen di Malaysia, malah netizen di luar negara juga turut berpendapat perkara yang sama.

Terbaharu, sempena anugerah Ballon d’Or 2019 yang berlangsung di Paris, tindakan lagenda pasukan Chelsea, Didier Drogba yang memilih untuk berswafoto bersama Kylian Mbappe bagi memenuhi impian Mbappe yang pernah meminta untuk bergambar bersama beliau suatu ketika dahulu telah menarik perhatian netizen.

EK1xh9sXYAAWwxS

EK1xizrWwAAccP6

Tindakan beliau yang memilih untuk berswafoto menggunakan model iPhone keluaran empat tahun lalu sekaligus berjaya menarik perhatian netizen untuk berbincang mengenainya.

Umum tahu, Didier Drogba merupakan seorang pemain bola sepak ternama serta memiliki aset terkumpul berjumlah $90 juta (RM376.32 juta). Berikut merupakan reaksi netizen penggunaan iPhone 6 Didier Drogba.

Siapa sangka, penggunaan iPhone model lama daripada Drogba mampu dijadikan pengajaran buat orang ramai yang seringkali menghukum kekayaan seseorang berdasarkan telefon pintar yang digunakan.

Lebih mengejutkan, Luca Modric selaku bintang Real Madrid serta pemegang anugerah Ballon d’Or 2018 dilaporkan masih lagi memakai iPhone 5s. Jelaslah masih ramai individu yang memiliki kekayaan yang luar biasa namun memilih untuk tidak memakai telefon pintar model terbaru atas faktor status dan sebagainya.

Di Malaysia, seorang ‘pak cik’ telah disindir hanya kerana menjadi pembeli pertama iPhone 11. Turut dikongsikan, kekecewaan pengguna iPhone 11 selepas mengetahui mengenai berita model terbaru iPhone 12.

Disindir Kerana Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, ‘Pak Cik’ Ini Sebenarnya Doktor Pakar Di Kelantan

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11