Geely baru-baru ini telah memuat naik gambar acah yang menunjukkan rekaan MPV terbaru yang telah ditayangkan pada Auto Shanghai tahun lepas.

Berdasarkan imej yang tertiris MPV tersebut hadir dengan dengan rekaan gril ‘expanding cosmos’ diikuti dengan lampu hadapan yang menjadi identiti tersendiri sebagaimana yang terdapat pada rekaan kereta jenama Geely yang berada di pasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Geely, kereta MPV baharu ini lebih kecil sedikit berbanding Exora (ini mungkin model gantian untuk Exora) iaitu dimensi 4,706 mm panjang, 1,909 mm lebar, 1,664 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,805 mm. Melihat bacaan ukuran ini kami menganggarkan ia lebih besar sedikit daripada kereta Perodua Alza.

geely_vf11_teaser_cover

Selain itu, Geely bakal menawarkan tiga jenis versi iaitu versi petrol biasa, hibrid plug-in dan juga elektrik sepenuhnya. Malah ia dilengkapi dengan enjin 1.5 liter turbo empat silinder berkuasa 177 hp. Ada yang sudah tertarik dengan rekaan MPV Proton terbaru ini?

WhatsApp Image 2018-09-26 at 08.32.03

WhatsApp Image 2018-09-26 at 08.32.04

WhatsApp Image 2018-09-26 at 08.32.05