Awal bulan lepas, sebuah kempen #LikeTheEgg di Instagram telah dilancarkan dan disertai oleh pengguna Instagram dari seluruh dunia. Gambar sebiji telur yang dimuatnaik di akaun world_record_egg sehingga kini sudah mempunyai 10 juta followers.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar telur yang menjadi fenomena dan berjaya mengalahkan jumlah likes gambar Kylie Jenner sekaligus telah memecah rekod dunia dengan jumlah likes lebih 52 juta.

Akan tetapi jika anda perasan sebelum ini terdapat beberapa gambar telah dimuat naik ke akaun tersebut dengan menunjukkan retakan pada permukaan kulit telur yang semakin lama semakin besar.

https://www.instagram.com/p/Bsyq4yVH8Mh/

https://www.instagram.com/p/Bs84JbRHsTN/

https://www.instagram.com/p/BtPBdoGg5EI/

https://www.instagram.com/p/BtW_NkigixI/

Namun tahukah anda maksud sebenar yang hendak disampaikan menerusi gambar ini? Gambar-gambar ini telah dimuat naik bertujuan untuk memberi kesedaran kesihatan mental seluruh dunia.

Semalam admin akaun ini telah memuat naik satu video menyatakan telur berkenaan berasa lega. Video tersebut menyampaikan mesej mengenai tekanan di media sosial yang terlalu besar sehingga mampu memecahkan telur tersebut.

https://www.instagram.com/p/BtdYQwincYv/

Telur berkenaan sempat memberi pesan jika anda mengalami tekanan yang sama, anda perlu mencari seseorang untuk meluahkan apa yang anda alami. Sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan lebih 9 juta pengguna. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Talking Egg.