Masih berbaki 3 bulan sahaja lagi sebelum iPhone terbaru diumumkan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ura-ura rekaan terbaru dan spesifikasi iPhone pastinya menjadi topik yang hangat dibincangkan.

Akhir-akhir ini dilihat Apple jarang membuat perubahan drastik pada telefon pintar keluaran mereka. Terdapat juga beberapa ura-ura yang mengatakan iPhone terbaru bakal hadir dengan rekaan yang sama dengan iPhone 6S.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada pendapat saya mungkin Apple tidak akan mengubah rekabentuk secara total, namun masih terdapat beberapa perubahan yang dapat kita lihat. Jika mengikut kepada trend Apple pula, Apple lebih cenderung untuk menukar rekabentuk telefon pintar mereka 2 tahun sekali.

Apa yang tidak logik atau membuatkan kami #mudahterhibur adalah beberapa rumour yang mengatakan iPhone ‘terbaru’ bakal hadir dengan rekaan moden beserta keyboard projector. Apa yang lebih mengejutkan terdapat beberapa individu yang percaya dengan rumour ini.

Berbalik kepada topik asal. Dua rekaan kamera yang dikatakan berpotensi menjadi rekaan buat iPhone 7.

Menerusi laman web terkemuka iaitu Engadget, iPhone terbaru dijangka hadir dengan size kamera belakang yang lebih besar. Mungkin agak pelik berbanding rekaan kamera iPhone sebelum ini, namun jika mampu memberikan prestasi yang memuaskan rasanya ini bukanlah suatu masalah yang besar.

iphone-7-back-update

Ura-ura daripada MacRumours pula mengatakan Apple iPhone 7 bakal disertakan dengan dwi-kamera sepertimana LG G5. Fungsi dwi-kamera membolehkan pengguna mendapatkan imej yang lebih fokus dan ‘sharp’ melalui setiap gambar yang diambil.

iphone-7-leaked-bastille

Sejujurnya, saya lebih menggemari rekaan kamera dwi-kamera ini. Mungkin disebabkan rekaan yang tampil lebih professional.

Oh ya, terdapat juga beberapa rumour lain yang mengatakan iPhone kemungkinan bakal hadir dengan rekaan yang lebih minimalis. Dalam erti kata lain, tiada lagi home button dan headphone jack.

Apple dijangka mengumumkan iPhone terbaru diakhir September ini. Sama-sama kita nantikan ‘the best iPhone yet’.

Sumber