Kita semua sedia maklum orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar beraya ekoran pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang masih berleluasa pada masa ini.

Baru-baru ini tular satu gambar menunjukkan satu keluarga anggota penguatkuasa bermaaf-maafan di sebuah sekatan jalan raya di daerah Putrajaya. Difahamkan si isteri membawa anak-anak mereka melawat suaminya yang bertugas pada pagi Hari Raya yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata gambar tular itu disahkan berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, melibatkan anggota IPD Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan 5 tahun.

“Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya.

“Selesai bersalaman, keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah.

“Pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu, lapor Astro Awani.

Ramai netizen mempertikaikan layanan ‘double standard’ ekoran penjelasan yang telah diberikan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya tersebut.

Menurut netizen perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dikalangan ahli keluarga penguatkuasa kerana semua rakyat Malaysia perlu mengikuti SOP PKP sempena Hari Raya yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

https://twitter.com/dilanggg/status/1393722581333667841?s=20

https://twitter.com/amlchn_/status/1393704849066237952?s=20

Rata-rata netizen menunjukkan kekecewaan tatkala orang ramai tidak boleh pulang beraya dengan ahli keluarga bagi mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan, terdapat ahli keluarga penguatkuasa pula ‘melangkaui’ SOP pada pagi Hari Raya lalu.

Baru-baru ini Ketua Polis Daerah Nilai menolak dakwaan seorang tuan rumah telah dikompaun akibat melanggar SOP Hari Raya.

Sekadar Rondaan Aidilfitri, Polis Nafi Dakwaan Tuan Rumah Dikompaun RM25,000

Ketua Polis Perlis Mahu Orang Ramai Lapor Jiran Yang ‘Balik Kampung’ Tanpa Kebenaran

Enam Tahun Tidak Berjumpa Anak, Wanita Ini Rela Dipenjara Daripada ‘Patah Balik’