Gabungan antara Disney dan 20th Century Fox tidak lama lagi adalah sesuatu yang baik untuk franchise Marvel Cinematic Universe (MCU). Tetapi ianya mungkin sesuatu yang tidak baik untuk projek filem yang telah dirancang oleh pihak 20th Century Fox sebelum ini.

Menurut pengguna Twitter DanielRPK, menerusi sumber kuat beliau berkata karya spin-off dari universe X-Men seperti Gambit, Doctor Doom dan Silver Surfer mungkin dibatalkan dalam usaha Disney untuk menyelarikan dunia MCU dan X-Men.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya pasti satu tamparan hebat buat produksi Gambit, di mana filem berkenaan telah dijadualkan berada di pawagam pada 13 Mac 2020. Channing Tatum sebenarnya sudah tidak sabar untuk membawa watak Gambit dan impian beliau untuk memegang watak ini nampak semakin pudar.

gambit

Begitu juga dengan filem solo Doctor Doom. Penulis di sebalik filem Fargo, Noah Hawley dikhabarkan telah tamat menulis skrip untuk filem Doctor Doom sejak bulan Jun yang lalu.

Filem terakhir daripada 20th Century Fox, Dark Pheonik dan The New Mutants akan mula ditayangkan tahun ini. Adakah pelakon-pelakon X-Men yang sedia ada akan diserap masuk ke dalam dunia MCU? Mungkin kena tunggu hasil kutipan dua filem terakhir Fox ini terlebih dahulu.

Sumber