Game of Thrones musim ke-8 yang baru sahaja menemui peminat pada 14 April lalu telah berjaya memecahkan rekod drama fantasi HBO dengan pencapaian sebanyak 17.4 juta tontonan pada hari pertama tayangan termasuk dengan jumlah gabungan tontonan secara berulang dan beberapa perkhidmatan penstriman.

Pencapaian yang diperolehi ini merupakan pencapaian terbesar di dalam sejarah HBO yang turut menandingi program hiburan Big Bang Theory dengan memperolehi 14.1 juta tontonan pada Februari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
3512224-00cover
Sumber: GameSpot

Menariknya lagi, jumlah tontonan untuk Game of Thrones musim kelapan ini meningkat secara drastik sekiranya dibandingkan dengan jumlah tontonan Game of Thrones musim ketujuh yang ditayangkan tahun lalu dengan pencapaian sebanyak 16.9 juta tontonan.

Kepada mereka yang masih lagi belum menonton musim terakhir Game of Thrones ini di siaran HBO, pastikan anda menontonnya untuk melihat sendiri, hype dan drama yang dipertontonkan di dalam Game of Thrones.