Saya masih ingat lagi dengan suasana kafe siber sekitar akhir 90-an serta pasca milenium. Pada ketika itu, jika bukan game FIFA yang dipilih para pengguna, pastinya game berunsur strategi yang menjadi kegemaran para remaja ketika itu.

Antara yang menghiasi ruangan game menu cyber cafe pada ketika itu pastinya game Red Alert yang lebih dikenali dengan tajuk Yuri Revenge dan juga game keluaran Blizzard iaitu StarCraft. Jika anda seorang yang lahir tahun 80-an atau membesar ketika zaman 90-an pastinya anda cukup kenal dengan game game ini sebelum kehadiran game seperti Dota.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menyambut ulang tahun ke-19 pelancaran pada tahun ini, Blizzard dengan berbesar hati telah menawarkan game ini secara percuma. Penawaran yang dibuat sempena pelancaran StarCraft: Remastered yang bakal dilancarkan tidak lama lagi yang ditawarkan dengan paparan 4K UHD Resolution.

Dari segi gameplay, Blizzard masih lagi mengekalkan gaya permainan yang sama sesuai buat para pemain yang lebih selesa dengan gaya permainan lama.

Selain itu, Blizzard turut menjanjikan sokongan online pada StarCraft Remastered yang bakal dikeluarkan pada bulan Ogos ini. Mungkin ini masanya untuk anda bersama semula bersama rakan StarCraft anda selepas hampir 2 dekad pelancaran.

StarCraft Versi SD
StarCraft versi HD

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan StarCraft: Broad War yang ditawarkan secara percuma ini, anda boleh dapatkan game ini dengan klik ke link ini. Oh ya, game ini turut ditawarkan buat pengguna Windows dan juga Mac. Dalam erti kata lain, anda turut boleh gaming meskipun menggunakan Apple Macbook pada kali ini.

Sumber